Print

KPJ Ampang Puteri sumbang RM50,000

MyCARE telah menerima sumbangan bernilai RM 50,000 dari Pengarah Perubatan KPJ Ampang Puteri, Dato’ Dr. Abdul Wahab Ghani selaku wakil kepada 60 orang pakar konsultan di KPJ Ampang Puteri.

“Nilai bantuan ini adalah kecil berbanding dengan bantuan-bantuan yang disampaikan oleh rakyat Malaysia melalui MyCARE. Insya Allah kami berazam untuk menyemarakkan lagi isu-isu kemanusian khasnya kempen Winter Relief di kalangan pekerja-pekerja Hospital KPJ Ampang Puteri,.” ujar beliau semasa Sidang Media Winter Relief 2016.

Print

Tadika Darul Ilmu taja 50 anak-anak yatim Palestin

JOHOR BAHRU, 19 Nov 2016 - Umum diketahui bahawa Gaza telah diserang bertalu-talu oleh rejim zalim zionis Israel pada tahun 2008, 2012 dan 2014. Serangan-serangan udara juga berlaku secara berterusan ke atas Gaza selain serangan-serangan besar di atas. Kesannya ialah ramai ketua keluarga di kalangan rakyat Palestin khususnya di Gaza yang menjadi syuhada'.

Sejumlah anggaran 20,000 anak-anak dan bayi di Palestin telah menjadi yatim dan kini majoritinya tinggal bersama ibu-ibu dan datuk nenek masing-masing. Dengan keadaan Gaza yang masih dikepung dan krisis ekonomi kerana kepungan Israel, maka anak-anak yatim di Gaza sangat memerlukan bantuan luar negara melalui tajaan-tajaan.

Print

Penyerahan sumbangan oleh Wakaf Selangor Muamalat

BANTING, 18 Okt 2016 - Majlis penyerahan sumbangan berjumlah RM 50,000 oleh Wakaf Selangor Muamalat telah berlangsung di Perkim.

Majlis penyerahan diserikan dengan kehadiran Y. Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat dan Dato' Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat.

Print

JomDerma dengan JomPay

Anda pernah menggunakan servis JomPAY untuk membayar bil-bil anda? Kini anda boleh menderma dengan JomPAY kepada MyCARE.

Hanya ingat biller code ini iaitu: 6197 untuk menyumbang kepada projek-projek kemanusiaan di bawah MyCARE.

2 langkah mudah menderma melalui JomPAY:

1) Layari laman web perbankan atas talian anda atau gunakan aplikasi Mobile Banking.
2) Cari pilihan JomPAY di menu 'pembayaran bil' atau 'bill payment'. Masukkan butiran dan sahkan sumbangan.

Contoh:
Ref-1: Palestin
Ref-2: No Tel anda

Terima Kasih diatas sokongan anda!

Setiap sumbangan anda amat berharga untuk membina dunia yang aman dan sejahtera!

Aqsa Syarif merupakan agensi dibawah (MyCARE) Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) mulai 1 Januari 2015. Antara agensi yang turut berada dibawah pengurusan yang sama adalah IKRAM for SYRIA • i4s, Rose2Rose (R2R), Palestine Centre of Excellence - PACE, Salam Iraq dan Nusantara Care (NICE).

Print

Sumbangan Surau Al Barakah untuk Winter Relief

KUALA LUMPUR, 4 Jan 2016 - Terima kasih kepada warga Bank Rakyat atas sumbangan kepada tabung Palestin (Winter Relief).

Sumbangan berjumlah RM 12,000.00 diserahkan sebentar tadi oleh Ust Abdul Hakim selaku Imam di Surau Al Barakah kepada Pengurus Kanan Aqsa Syarif, En Munawer.

Semoga sumbangan warga kerja Bank Rakyat diberkati Allah.

Print

IMAN ELC Johor sumbang RM51,000

JOHOR BAHRU, 1 Ogos 2015 - Bersempena Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Pertubuhan Ikram Negeri Johor yang diadakan di Kompleks Pusat Pendidikan Hidayah, IMAN ELC, sebuah syarikat yang menyelenggarakan rangkaian tadika dan penjagaan anak-anak terkenal di Johor telah menyampaikan cek bernilai RM51,000 kepada MyCARE yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya iaitu Puan Hjh Mahayati Ibrahim kepada Pengurus MyCARE Johor, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud