Print

Projek Sumbangan Kemasyarakatan UniKL

Sekumpulan pelajar Universiti Kuala Lumpur Kampus Bandar (UniKL City Campus) telah mengadakan jualan amal sempena projek sumbangan kemasyarakatan mereka (CSR) selama seminggu bermula dari 7 sehingga 11 Mac 2011. Aqsa Syarif telah bekerjasama dengan pelajar-pelajar tersebut dalam menjayakan jualan amal ini serta mengumpul dana yang akan disumbangkan ke Tabung Palestin Aqsa Syarif.

Print

Sumbangan royalti RM22,000.00

 

Sumbangan royalti daripada pihak Palestinemall.net dan Deenreach, En. Zainol Alim yang menjadi pengedar kepada mafla rasmi Aqsa Syarif. Sumbangan royalti sebanyak RM 22,000.00 diserahkan kepada Pengurus Besar Aqsa Syarif, En. Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

Print

Sumbangan Palestin terus diterima Aqsa Syarif Untuk A2G-ER

Semenjak pelancaran tabung A2G-ER berkait serangan rejim Israel ke atas Gaza pada 14 November 2013, para aktivis Aqsa Syarif di dalam dan luar negara terus menjalankan aktiviti penerangan dan fund raising. 
 
Aktiviti-aktiviti telah mendapat sambutan oleh pelbagai institusi dan orang ramai sama ada di masjid-masjid, surau, badan-badan korporat, pertubuhan-pertubuhan kebajikan  mahupun pelajar-pelajar IPT dalam dan luar negara.
Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud