Print

Sumbangan derma projek ternakan lembu tenusu dan daging

PACE/JIM telah memghulur sumbangan kepada Islamic Society - Jabaliya/Palestine melalui AQSA SYARIF untuk menampung perbelanjaan usaha ladang ternakan lembu tenusu/pedaging di Gaza. Usaha ini dijalankan oleh Islamic Society dan berpotensi besar untuk maju. Ia dikendalikan secara profesional dengan tenaga pakar yang sudah berpengalaman mengendalikan ladang ternakan secara komersial selama 30 tahun dan mendapat latihan di Germany.

Ladang tenusu ini dibahagikan kepada dua tempat atas sebab keselamatan dan jaminan untuk bekalan yang tidak terputus sekiranya berlaku serangan ke atas Gaza. Ladang ini membekalkan keperluan susu dan juga daging terutama pada Hari Raya Qurban kepada penduduk Gaza. Ladang yang diusahakan secara profesional ini mendapat baka dari Australia dan Belanda.

Print

Kolej Komuniti bersama bantu Palestin

Terima kasih kepada warga Kolej Komuniti terutama Kolej Komuniti Hulu Langat atas sumbangan kepada rakyat Palestin.

Pada hari Sabtu yang lalu, telah berlangsung majlis penyerahan cek berjumlah RM 74,400.00 oleh KSU KPT, Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor kepada Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor. Semoga usahasama ini diberkati Allah!

Print

Tribute To Gaza berjaya kumpul RM 17,000

Program Tribute to Gaza oleh pelajar-pelajar DBS4 UiTM Melaka kampus Alor Gajah telah berjaya mengumpulkan
RM 17,000.00 untuk tabung Palestin. Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Print

Majlis penyerahan sumbangan Tabung Palestin Aqsa Syarif di IIC


KUALA LUMPUR, 21 Feb 2013 -
Telah berlangsung majlis penyerahan sumbangan untuk Tabung Palestin daripada International Islamic College (IIC) sebanyak RM 10,760.00 kepada Aqsa Syarif. Serahan dibuat sendiri oleh CEO IIC, Asst. Prof. Dr Zulkarnain Kedah kepada Tuan Hj Wan Mohd Zukri, Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Batu.

Print

Penyerahan cek sumbangan oleh Masjid As-Salam Bukit Sentosa

Bukit Sentosa, 18 Julai 2010 - Alhamdulillah, Ahli Kariah Masjid As-Salam Bukit Sentosa terus prihatin dalam memberi sokongan perjuangan membebaskan Al-Aqsa. Program Keindahan Bersama Mu anjuran masjid Bukit Sentosa bersama JIM Hulu Selangor dan Petugas KBM Kuala Lumpur telah ditutup dengan penyampaian barangan cenderamata Aqsa Syarif kepada AJK Pelaksana dan juga penyerahan cek hasil daripada sumbangan Ahli Kariah Solat Jumaat Masjid As-Salam kepada Aqsa Syarif.

Cek berjumlah RM1,038.00 ringgit disampaikan kepada Wakil Aqsa Syarif Hulu Selangor oleh Bendahari Masjid As-Salam Bukit Sentosa Tuan Haji Syed Azman Syed Yusoh. Semoga Allah SWT mengganjari infak yang dihulurkan dengan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada para dermawan.

Print

Kisah kecil yang besar ertinya

Saya perturunkan emel yang diterima dari seorang sahabat, mari amat-amati.

Aqsa Syarif Berhad Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa

Subject: Ya Allah Kau menyambut doa kami.

Sent: Apr 17, 2010 3:46 PM

Salam ikhwah akhwat yang dikasihi,

Ketika menjaga zaujah di wad hari ini, tiba-tiba mendapat panggilan dari seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Hj Mohd Ismail Teru dari Taman Melati Setapak Kuala Lumpur.

"Encik, saya ingin sumbang RM50 sebulan untuk Palestin, macam mana caranya?" Dia terus bercakap tentang rakyat Palestin yang menderita sambil berdoa dan menangis di talian. Saya terkedu seketika sambil mengAminkannya.

"Saya akan masukkan ke dalam akaun Aqsa Syarif Maybank 551575-004299 sekarang juga," ucapnya dengan penuh bersemangat dan berdoa lagi.

Alhamdulillah, itulah usaha kerdil yang terhasil daripada pamphlet dan brosur Aqsa Syarif yang diletakkan oleh abang ipar ana di masjid Bangsar semalam sewaktu solat Jumaat selepas menziarahi zaujah di wad pusrawi.

Pamplet dan brosur yang sekarang ini menjadi teman kami di mana-mana kami pergi dan mengambil setiap peluang untuk "close the deal" dengan sesiapa yang kami jumpa.

Moga-moga Allah melapangkan rezeki setiap insan yang menginfaqkan harta mereka kepada saudara kita. Amin.

Marilah setiap kita berusaha semampu mungkin untuk kebaikkan yang masa ada. Kita do'akan semoga isteri sahabat kita itu yang sedang menjalani rawatan di hospital segera sembuh dan dikurniakan kebaikan yang berpanjangan.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud