Print

Sumbangan dari TNB

KAJANG, 29 Ogos 2013 - Alhamdulillah. Hari ini kami menerima sumbangan dari Bahagian ICT, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah
RM 1510.00.

Print

Majlis penyerahan cek sumbangan oleh JLKN

BERANANG, 27 Ogos 2013 - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan kepada Aqsa Syarif semasa Majlis Perasmian Pembukaan PLKN Kumpulan 3 Siri 10/2013.

Print

Sumbangan PETRONITA untuk Rose2Rose

Biskut buatan rumah ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Persatuan Isteri-Isteri Kakitangan dan Kakitangan Wanita Petronas (PETRONITA) dalam menyokong Tabung Pembangunan Pusat Komuniti Wanita Palestin.

Hasil jualan biskut ini berjumlah RM 6,000.00 telah berjaya disumbangkan kepada Aqsa Syarif melalui pemakluman kepada bahagian kewangan kami. Sumbangan telah kami masukkan ke dalam Tabung Rose2Rose dan akan diserahkan dalam masa terdekat ke Palestin.

Print

Penyerahan sumbangan MBSB di Ibu Pejabat Aqsa Syarif

KAJANG, 26 Apr 2013 – Aqsa Syarif telah menerima kunjungan daripada 6 orang wakil MBSB yang diketuai oleh Tuan Izzuruddin Hj Azam.

Kutipan berjumlah RM 6,474.00 hasil sumbangan staff MBSB telah diserahkan kepada pihak Aqsa Syarif akan disalurkan kepada Program Tajaan Hafiz di Gaza.

Print

Kolej Risda berjaya kumpul RM15,000

MELAKA, 3 Apr 2013 - Alhamdulillah, hari ini pihak Kolej Risda Melaka menyerahkan cek berjumlah RM 15,000.00 kepada kami hasil sumbangan warga mereka dan orang ramai. Pelbagai inisiatif telah dijalankan selama 3 bulan bermula Januari hingga Mac 2013.

Print

Penyerahan cek USD 30,000 daripada MyGMJ kepada Al-Quds International Institution


Serdang, 20 Jun 2012 -
Pengerusi Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ), Dr. Mohd Tahir Abdul Rahman telah menyerahkan cek berjumlah USD 30,000.00 ( hampir RM 100,000.00 ) kepada Pengurus Besar Al-Quds International Institution (Palestin / Lubnan), Mr.  Yassin Hammoud, di pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia, Serdang pada Rabu 20 Jun 2012 yang lalu.

Majlis penyerahan telah dihadiri oleh Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, di samping wakil-wakil daripada Al-Quds International Institution (QII) iaitu Mr. As’ad Harmoush, Setiausaha Agung QII, Mr. Ayman Zaydan, Timbalan Pengurus Besar QII, Mr. Hasan Freigeh, Pengurus Pentadbiran Pejabat dan Perhubungan Luar serta wakil Al-Quds Foundation Malaysia, Mr. Muhammad Makram.

Wang yang telah diserahkan kepada pihak QII daripada sekretariat rasmi MyGMJ merupakan hasil kutipan sepanjang sambutan Hari Tanah Palestin Sedunia yang digerakkan bawah inisiatif Global March to Jerusalem, yang mana acara kemuncaknya bagi rakyat Malaysia telah diadakan pada malam 30 Mac 2012 yang lalu di Stadium Malawati Shah Alam. Jumlah kutipan tersebut merangkumi kutipan bagi program-program promosi MyGMJ seperti flash mob, pameran, ceramah, konvoi dan kutipan mega yang telah dibuat pada malam kemuncak tersebut.

Wang sumbangan rakyat Malaysia yang diserahkan ini akan digunakan sepenuhnya untuk memelihara bangunan Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama Al-Quds yang terancam dengan pencerobohan dan usaha pengyahudian oleh pihak Zionis Israel sejak lebih 45 tahun yang lalu.

Al-Quds International Institution yang berpusat di Lubnan adalah sebuah institusi yang menggerakkan semua usaha membela Masjid Al-Aqsa dan Bandar Al-Quds, dinaungi oleh Pengerusi Persatuan Ulama’ Sedunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

Delegasi QII tiba di Malaysia beberapa hari lalu untuk menghadiri majlis perasmian Al-Quds Foundation Malaysia yang baru sahaja diadakan pada 18 Jun 2012 dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Mr. Yassin Hammoud, mewakili QII mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sumbangan yang diberikan dan mendoakan agar segala usaha yang dilaksanakan bagi membela Masjid Al-Aqsa dan Al-Quds (Jerusalem) diberkati Allah. Beliau juga menyatakan harapan agar semua umat Islam akan dapat solat di Masjid Al-Aqsa setelah dibebaskan sepenuhnya daripada cengkaman rapuh penjajah Zionis Israel.


Malaysia Global March to Jerusalem

Dr. Mohd Tahir Abdul Rahman
Pengerusi

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud