Print

Komuniti Muslimah Masjid Darul Ehsan sumbang untuk Palestin

AMPANG, 27 Feb 2014 - Pagi tadi Aqsa Syarif Pusat diketuai oleh Tuan Haji Kamarul Zaman menziarahi dan membentangkan mengenai Aqsa Syarif kepada kira-kira 100 muslimat dari Qaryah Masjid Darul Ehsan.

Pengerusi Komuniti Muslimat iaitu Datin Halimah telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM 6,000.00 untuk tabung Palestin dan telah menambah penajaan Anak Yatim Palestin (AYP).

Print

Lava Grill Burger komited bantu Palestin!

SERDANG, 21 Januari 2014 - Alhamdulillah sebentar tadi pegawai kami, En Muhammad Aiman dan En Khalid menziarahi ke LAVA GRILL BURGER untuk bertemu pemilik restoran tersebut iaitu En Razman untuk menerima sumbangan hasil dari tabung yang diletakkan di kedai beliau.

Semenjak tahun 2012 restoran beliau konsisten dalam menyumbang kepada Tabung Palestin. Setelah berbincang pihak kami akan meletakkan bunting Palestin dan menjadikan restoran beliau sebagai salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti perbincangan ilmiah berkenaan isu Ummah yang dinamakan 'Coffee Talk'.

Terima kasih warga Lava Grill Burger atas keprihatinan terhadap isu Ummah!

Semoga terus menyumbang kepada perjuangan membebaskan Palestin!

Print

Pelajar-pelajar Malaysia sumbang RM21,000

Tahniah kepada pelajar-pelajar Malaysia di International Medical School, Banglore, India kerana sumbangan anda kepada rakyat Palestin. Sumbangan sebanyak RM 21,000 telah disampaikan melalui bapa kepada wakil pelajar, En. Zulkamar Bin Baharom kepada Pengurus Besar Aqsa Syarif, En. Kamarul Zaman di pejabat Aqsa Syarif.

Jazakumullah khairan kathira, semoga Allah membalas amal-amal anda, inshaAllah kami akan sampaikan sumbangan anda ini.

Terima kasih pelajar Malaysia di India!

Print

Surau Al-Kauthar sumbang RM 70,000

BANGI, 1 Sept 2013 - Satu majlis ringkas diadakan oleh para jemaah di Surau Al-Kauthar, Bandar Baru Bangi bagi menyerahkan hasil kutipan Ramadhan pada tahun ini.

Pengerusi Surau, Hj Aris dan wakil jemaah surau menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengerusi Aqsa Syarif, Dr.Hafidzi Mohd Noor beserta wakil daripada NGO Palestin.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud