Print

LHDN Johor Bahru sumbang RM17,000

JOHOR BAHRU, 14 Sept 2014 - Alhamdulillah, kira - kira jam 4.30 petang tadi pihak Aqsa Syarif Johor menerima sumbangan daripada Lembahaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Johor Bahru berjumlah RM17 ribu. Sumbangan ini adalah hasil kutipan yang dibuat oleh pihak LHDN JB daripada staf dan orang ramai melalui tabung besar yang diletakkan di hadapan pintu masuk LHDN di Wisma Hasil bermula Ramadhan yang lalu.

Terima kasih warga LHDN JB.

Print

Yayasan Bunga Raya infaq RM10,000

KAJANG, 11 Jul 2014 - Berikutan serangan terhadap Gaza, ramai pihak tampil memberikan sumbangan, samada secara individu, berkumpulan atau bersyarikat. En. Alif Ismail yang mewakili syarikat tersebut, tampil ke pejabat kami bagi menyampaikan sumbangan.

Print

PHB sumbang RM100,000

KAJANG, 2 Jul 2014 - Sebuah syarikat pelaburan hartanah tempatan, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) yang diwakili oleh En Mohd Fadzil Maruwan, Pengurus Besar Kewangan dan Operasi, telah menyempurnakan tanggungjawab syarikat dengan menyumbangkan RM100,000 bagi membantu warga Palestin.

Print

Majlis penyerahan sumbangan di Kem PLKN Setia Ikhlas


SEMENYIH, 5 Jun 2014 -
Majlis penyerahan sumbangan Palestin oleh warga Kem PLKN Setia Ikhlas berlangsung pagi tadi dengan jayanya. Bersempena Pertandingan Nasyid antara kumpulan sesi kutipan derma untuk Palestin telah disempurnakan oleh Komandan Kem PLKN Setia Ikhlas, Mejar Mohd Nasir Napiah.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud