Print

Ariha sumbang RM25,000

SERI KEMBANGAN, 3 Jun 2015 - Ariha terus menyumbang kepada Palestin melalui Aqsa Syarif. Sumbangan pertama untuk tahun 2015 adalah sebanyak RM25,000.00 telah dijayakan di pejabat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) oleh Pengurus Besar Ariha, Dr Yusuf Johari kepada Pengurusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dan disaksikan oleh CEO MyCARE Hj. Ibrahim Mohamad dan Pengurus Ariha, Sdr Abdul Azim Ismail.

Print

MPSM Johor sumbang untuk Palestin


JOHOR BAHRU, 30 Mac 2015 -
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Johor telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM87,110.00 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin melalui MyCARE Johor.

Print

2014 tahun terbaik Aqsa Syarif

Tahun 2014 menyaksikan Aqsa Syarif berjaya melaksanakan beberapa projek penting yang telah disasarkan. Antaranya termasuklah Bantuan Kecemasan Musim Sejuk/Shitaa Emergency Relief, Penajaan Hafiz di Gaza dan Projek Qurban Udh-hiyeh 1435H dengan jumlah sumbangan antara RM 400,000 hingga RM 500,000 untuk setiap projek.

Print

Sumbangan En. Fauzan & keluarga

KAJANG, 13 Okt 2014 - Semalam pejabat Aqsa Syarif menerima kunjungan En. Fauzan yang berhasrat menyampaikan sumbangan untuk Palestin juga mendapatkan sedikit perkembangan terkini di sana.

Print

Adik Aisyah wajar dicontohi

KAJANG, 25 Sept 2014 - Hari ini Aqsa Syarif menerima kunjungan adik Aisyah yang ditemani ibunya, Puan Adliza dan adiknya yang ingin menyampaikan sumbangan yang telah beliau kutip sejak Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah berkat usaha ikhlas adik Aisyah, beliau berjaya mengumpul RM 1,738 untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin!

Menurut ibunya, adik Aisyah telah membuat sendiri tabung untuk tujuan ini.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud