Print

Kempen RM10

on .

Dengan RM10 anda boleh menyumbang sekeping roti buat kanak-kanak di Palestin dan Syria. Roti/tepung adalah sebahagian dari kandungan Pek Makanan yang akan disalurkan kepada saudara kita di sana.

Print

Iftar bersama OKU

on .

GAZA, 28 Jun 2016 - Satu majlis berbuka puasa tela diadakan bersama 750 orang kelainan upaya (OKU). Sebahagian daripada mereka mendapat kecacatan ini akibat dari perang tahun 2014.

Kehadiran bekas Perdana Menteri Palestin, Syeikh Ismail Haneyah telah memeriahkan majlis ini. Pihak media juga turut hadir bagi meliputi majlis dan juga mendapatkan keterangan dari Syeikh Ismail Haneyah.

Print

Sepuluh ribu pek makanan kepada keluarga miskin

on .

Sepuluh ribu pek makanan di bawah Projek Ramadhan telah diedarkan kepada yang memerlukan di Palestin.

Sumbangan wang dari rakyat Malaysia termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura telah diagihkan dalam bentuk Pek Makanan. Penerima-penerima pek makanan ini telah dipilih dengan teliti dan diselia oleh Kementerian Hal Ehwal Sosial Palestin.

Print

Majlis Anugerah Generasi al-Quran Cemerlang

on .

GAZA, 25 Jun 2016 - Satu majlis penganugerahan telah diadakan setelah selesai pertandingan al-Qura'n yang dianjurkan oleh MyCARE dengan kerjasama Darul Quranul Karim wa Sunnah (DQWS).

Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu hafazan al-Qur'an, penghafalan Hadith dan Qiraat al-Qur'an. Peserta akan diuji di dalam kategori masing-masing. Pertandingan Hafazan al-Qur'an mempunyai 4 kategori iaitu 5 juzuk, 10 juzuk, 20 juzuk dan 30 juzuk manakala Hafazan Hadith terbahagi kepada 100, 200 dan 300 Hadith.

Print

Majlis iftar untuk para doktor & guru

on .

GAZA, 22 Jun 2016 - Telah berlangsung satu majlis berbuka puasa bagi meraikan 500 orang doktor yang menjadi sukarelawan membantu rakyat Palestin sepanjang beberapa tahun. Turut hadir adalah Menteri Kesihatan Palestin dan wakil Persatuan Doktor Palestin.

Antara figur-figur ternama yang hadir meraikan para doktor ini ialah Dr. Mahmoud al Zahhar, Khalil al-Hayya, Kamal Abu, Dr. Ahmad Abu al-Reeah, dan Dr. Fadel Naeem.

Print

Projek iftar di Masjid al-Aqsa

on .

Terima kasih para penyumbang! Alhamdulilah dan syukur atas sumbangan orang ramai sama ada dari rakyat Malaysia, Brunei, Singapura dan negara jiran yang lain.

Rakan pelaksana NGO Aqsa Syarif, iaitu Mirasimiz yang menjalankan projek iftar ini baru sahaja menghantar gambar-gambar ini kepada kami.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud