Print

Daging qurban untuk komuniti Palestin di Malaysia

on .

Alhamdulillah, korban lembu sempena Aidil Adha telah dilaksanakan bertempat di Asasi Agro Farm Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Daging-daging korban telah diberikan kepada komuniti Palestin yang berada di Malaysia.

Print

Progres pembinaan semula Sekolah al-Solah & Siti Khadijah

on .

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, pembinaan semula sekolah al-Solah dan Siti Khadijah sudah masuk di fasa ke-3. Dengan izin Allah juga, projek ini berjalan dengan lancar kerana kekurangan kekangan dari pihak Zionis Israel seperti sekatan-sekatan bahan binaan yang dibawa masuk ke Gaza.

Mohon doa dari seluruh rakyat Malaysia supaya segalanya berjalan dengan lancar dan tiada sekatan dari Zionis Israel bagi merealisasikan keinginan anak-anak Gaza untuk bersekolah semula.

Print

Qurban Kasih Ummah 1437

on .

Kepada yang ingin melaksanakan ibadah korban tahun ini, satu lagi pilihan untuk anda ialah pakej korban QKU. Fokus utama untuk membantu kawasan bergolak.

Satu kelainan dari pakej korban lain, ada pakej korban kambing yang disejuk-bekukan dan ditinkan. Ini khusus untuk tempat seperti Syria, Palestin, Lubnan & Iraq. Melalui pakej ini, mereka yang sedang tertindas, masih boleh mendapat manfaat korban ini walaupun setelah 6 bulan ia dilaksanakan.

Berikut ialah Pakej Qurban yg ditawarkan oleh Qurban Kasih Ummah untuk tahun ini.

1. Korban Lembu - Pakej A : RM1,200 satu bahagian (Palestin, Syria, Iraq, Lubnan, Yaman, Sudan)

2. Korban Lembu - Pakej B : RM480.00 satu bahagian (pelbagai lokasi)

3. Korban Kambing - Pakej W : RM590.00 seekor (pelbagai lokasi)

4. Korban Kambing di Syria - Pakej X : RM1,100.00 seekor

5. Korban Kambing dibekukan - Pakej Y : RM420.00 seekor (Syria, Iraq & Lubnan)

6. Korban Kambing ditinkan - Pakej Z RM480.00 seekor (Palestin & Syria)

Nota : Senarai negara penerima boleh bertambah mengikut keadaan semasa.

Untuk turut serta, sila masukkan Cek/Tunai ke akaun:
"Humanitarian Care Malaysia Berhad"

1. MBB 5642 5856 0698
2. BIMB 1209 2010 0349 04
3. CIMB 8602 135 592

Sila berikan slip bank dan butir penyertaan melalui sms/whatsapp/telegram ke 011-1234 8212 / 019-227 6760.

Borang online juga boleh didapati di http://www.ramadhan-qurban.org/. Tarikh akhir adalah pada 9 September 2016.

Semoga amal Tuan dan Puan diterima Allah. Terima kasih.

Print

Projek pembangunan semula Sekolah Al-Solah

on .

Album ini menunjukkan keadaan Sekolah al-Solah sebelum dan selepas perang tahun 2014 di Gaza. Sekolah ini telah hancur kesemuanya akibat bedilan dari Zionis Israel.

Projek Pembangunan semula Sekolah al-Solah adalah inisiatif dari bersama rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada tabung-tabung MyCARE yang berada di supermarket Econsave seluruh Malaysia. Hasil sumbangan dari rakyat Malaysia mengumpulkan sebanyak RM1.1 juta bagi projek ini.

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada MyCARE. Terima kasih juga kepada pihak Econsave atas usaha sama menjayakan projek-projek pembangunan semula di Gaza.

Semoga Allah merahmati dan menggandakan rezeki kepada semua yang terlibat.

Print

Pengagihan Projek Ramadhan 1437H

on .

JUTAAN TERIMA KASIH kami ucapkan kepada para penyumbang yang istiqamah menyumbang dan memberi kepercayaan kepada Aqsa Syarif untuk menyalurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita di Palestin.

Kami persembahkan pengagihan Projek Ramadhan 1437H di bumi al-Quds. Figur-figur yang terkenal di Palestin turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang sentiasa istiqamah menyumbang melalui MyCARE.

Print

Iftar bersama kanak-kanak OKU

on .

GAZA, 4 Jul 2016 - MyCARE telah menyantuni anak-anak mangsa kekejaman Zionis Israel pada perang tahun 2014. Seramai 100 orang kanak-kanak Palestin digembirakan dengan aktiviti-aktiviti serta diakhiri dengan iftar bersama di Gaza Star City.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud