Print

Musim sejuk bakal tiba

on .

Hujan lebat yang mengakibatkan banjir di Gaza menjadi petanda musim sejuk bakal tiba. Pada 7 Januari 2015, Taufan Huda yang membawa musim sejuk telah menyebabkan 5 kematian dan menjejaskan kehidupan 110,000 penduduk.

Keadaan rakyat Palestin amat membimbangkan kerana Israel semakin rancak memusnahkan tempat tinggal dan ladang-ladang zaitun milik mereka. Kekurangan peralatan persediaan untuk musim sejuk seperti baju sejuk, selimut tebal, alat pemanas dan pek makanan kerana penambahan jumlah penduduk Palestin di kem-kem pelarian.

Print

Winter Relief 2016

on .

Musim sejuk hampir tiba. Kehidupan rakyat Palestin, Syria, Yaman dan Iraq bakal melalui fasa-fasa lebih mencabar di bulan-bulan mendatang.

Mereka yang kehilangan tempat tinggal, kanak-kanak, wanita mengandung, para pesakit dan warga emas adalah golongan yang terkesan teruk setiap kali musim sejuk. Sedikit kehangatan boleh menyelamatkan nyawa mereka.

Print

Penajaan Anak Yatim Palestin

on .

Alhamdulillah. Atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia termasuk penyumbang di luar Malaysia, MyCARE berjaya menyalurkan sumbangan penajaan kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin di Palestin dengan jumlah penajaan sebanyak RM 766,842.35.

Sebanyak RM 423,463.00 telah dimanfaatkan kepada 421 orang Anak Yatim Palestin pada fasa pertama sejak Januari 2016 sehingga Jun 2016 melalui NGO Takaful for Child Welfare.

Print

Program Back2School (B2S) MyCARE kembali lagi!

on .

Pada bulan ini MyCARE melalui agensi-agensinya melancarkan kempen Back2School dengan tema #KitaKanKawan. Kanak-kanak ini amat memerlukan bantuan anda ketika ini!

Ayuh menyumbang hanya RM 150 / set.

 

Setiap beg mengandungi baju uniform, alatan tulis dan buku.

Print

Jom taja anak yatim!

on .

Baru-baru ini MyCARE sekali lagi menerima kunjungan saudara Usaid bin Muhammad Asmadi. April lalu beliau telah menyerahkan sumbangan penajaan seorang anak yatim Palestin untuk tempoh setahun. Kali ini beliau hadir sekali lagi untuk penajaan anak yatim yang ke-2.

Nama anak yatim yang bertuah kali ini ialah OBAYDA OSAMA SAKIR ABOU HAYIN dari Palestin.

Print

Projek #GiveHope

on .

Bersempena Misi Women’s Boat to Gaza (WBG), MyCARE melancarkan Projek #GIVEHOPE yang akan memfokuskan kepada 2 projek utama:

1) Penajaan Pembedahan Pesakit Miskin (Wanita & Kanak-Kanak)
2) Penajaan Kaki & Tangan Palsu untuk Kanak-Kanak

PROJEK PENAJAAN PEMBEDAHAN PESAKIT MISKIN (GAZA)

= Kos Tajaan: RM 100 /unit
= Sasaran Tajaan: 15,000 unit

Projek ini akan membantu lebih 3,000 wanita dan kanak-kanak miskin yang terpaksa berada didalam senarai menunggu (waiting list) dan senarai penerima bantuan ini telah dikenalpasti oleh pejabat MyCARE – Gaza dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

PENAJAAN KAKI & TANGAN PALSU (KANAK-KANAK)

= Kos Tajaan: RM 50 /unit
= Sasaran Tajaan: 10,000 unit

Projek ini akan membantu kanak-kanak di Palestin dan Syria untuk diberikan kaki dan tangan palsu dan proses rehabilitasi untuk mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Senarai penerima setakat ini adalah seramai 12 kanak-kanak di Gaza dan 10 di Syria.

Selama 5 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan RM 75 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.

Ayuh ceriakan saudara kita di Gaza dan Syria melalui 2 langkah berikut:

Dua langkah mudah untuk menyumbang:

1) Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’:

Akaun Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602-135-592
JomPAY Biller Code: 6197

2) Maklumkan melalui email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bersama salinan slip/resit

Atau

Whatsapp/Telegram ke
+6019-6551948 (Aiman)

nyatakan kemasukan untuk ’#GiveHope’

Kami menerima sebarang amaun/jumlah sumbangan untuk projek ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE: +603-8941 2341 (En Aiman)

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud