Print

MyKorban 1439H telah tiba!

on .

Anda sedang mencari pakej-pakej korban yang BERBALOI?

Ingin berikan daging korban kepada saudara-saudara kita yang jarang dapat merasai daging lembu atau kambing?

Mari berkorban melalui MyKorban! (dahulu dikenali dengan Qurban Kasih Ummah)

Print

Iftar Perdana bersama hero-hero Great Return March

on .

Satu program Iftar Perdana dilaksanakan bagi meraikan rakyat Palestin yang tercedera sepanjang menyertai Great Return March. Hero-hero ini diraikan atas keberanian mereka berhadapan dengan sniper-sniper Zionis Israel demi menyuarakan hak-hak mereka yang dirampas.

Seramai 300 orang rakyat Palestin yang cedera dijemput bersama keluarga masing-masing untuk berbuka puasa yang dilaksanakan oleh MyCARE Gaza dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan As-Salama (OKU). Pejuang-pejuang ini hanyalah dikalangan orang awam. Mereka perlu diraikan bagi menyuntik semula semangat mereka (ada yang menjadi cacat dan trauma) kerana ditembak Zionis Israel. Iftar untuk hero-hero ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang menyumbang untuk tabung MyRamadan 1439H.

Print

Majlis Iftar Perdana meraikan tenaga pengajar & pelajar tahfiz

on .

Majlis Iftar Perdana meraikan tenaga pengajar & pelajar tahfiz

Guru ibarat lilin. Lilin yang mengorbankan dirinya untuk menghasilkan cahaya-cahaya yang bakal menerangi bumi Gaza. Apatah lagi guru-guru yang berusaha melahirkan para hafiz dan generasi al-Quran ini.

Setiap tahun, Aqsa Syarif akan menyantuni guru-guru dari Darul al-Qur’an Karim Wa Sunnah (DQWS) serta pelajar-pelajar tahfiz. Pelajar-pelajar tahfiz ini ditaja sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dalam projek ‘Adopt a Hafiz’ yang berlangsung pada Mei-April lalu. Ini merupakan pelajar tahfiz batch kedua yang berjumlah 700 orang. Seramai 900 orang tahfiz telah tamat pengajian bagi batch pertama.

Print

Fasa pembungkusan pek makanan MyRamadan 1439H

on .

Sumbangan anda telah sampai ke Gaza. Dari tangan anda ke tangan mereka!

Alhamdulillah. team kami di Gaza telah siap packing pek makanan yang disumbangkan rakyat Malaysia yang prihatin. Pek makanan ini akan diagihkan di beberapa check point di seluruh Gaza untuk golongan miskin dan memerlukan. Bagi penerima manfaat yang tidak berkemampuan untuk mengambil sumbangan seperti warga tua, sukarelawan kami akan menyampaikan terus ke rumah mereka.

Print

Jom sedekah melalui kempen Orange4Orphan “RAYA”

on .

Bulan Ramadan ibarat “Penghibur Hati Orang Mukmin”.

Kenapa pula “Penghibur Hati Orang Mukmin”?

Bagaimana tidak?

Kehadiran bulan Ramadan amat istimewa bagi semua umat Islam kerana kelebihannya sehingga ia diangkat menjadi “Penghulu Segala Bulan”. Semua umat Islam akan berlumba-lumba melakukan ibadah wajib dan sunat kerana beribu kebaikan dan pahala ditawarkan di dalam bulan ini.

Print

Pahala Berganda, Nikmat Bersama!

on .

MyRamadan Kembali Lagi

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melancarkan kempen Ramadan buat tahun ke-8 pada tahun ini bertemakan "Ramadan Kita, Nikmat Bersama."

Justeru, kami mengajak rakyat Malaysia untuk membantu perjuangan ini dengan menyumbang menerusi tiga pakej tajaan seperti berikut:

  • Pek Makanan (RM 500 /unit)
  • Iftar / Sahur (RM 100 / unit)
  • Penajaan Hadiah Raya (RM 50 / unit)

Penajaan Makanan (sahur, iftar dan pek makanan) dan Hadiah Raya akan diagihkan kepada lebih 100,000 penerima manfaat d itempat-tempat berikut:

Gaza
Masjid Al-Aqsa (Baitul Makdis)
Tebing Barat
Syria
Lubnan
Yaman
Cox’s Bazar
Malaysia

Selama 8 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan lebih RM 100 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.

Ayuh kita pulun bersedekah demi membantu saudara-saudara kita melalui dua langkah berikut:

1. Salurkan sumbangan anda atas nama 'Humanitarian Care Malaysia Berhad'

Secara ONLINE > www.billplz.com/myramadan

Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY Biller Code: 6197

2. Maklumkan melalui email

ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Makanan’ atau 'Iftar/Sahur' atau ‘Hadiah Raya’.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE:
+603-8941 2341 atau 018-9089282 (En Sazlie).

Tempoh Projek: 14 Mei 2018 - 25 Jun 2018

Mohon sebarkan info ini kepada kenalan dan sahabat anda!

"Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan."
- HR Bukhari dan Muslim

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud