Print

1 Group 1 Orphan minggu kedua

on .

Alhamdulillah! Dalam masa 1 minggu, 10 orang anak yatim berjaya ditaja oleh rakyat Malaysia yang prihatin. Tahniah diucapkan kepada 100 penaja yang telah berjaya menaja anak-anak yatim dari Iraq dan Palestin pada minggu lepas.

Walaupun begitu, masih ramai lagi anak-anak yatim sedang menantikan tajaan atau sumbangan dari kita.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah sempurna keimanan salah seorang di antaramu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, mari kita bersama-sama, ajak rakan-rakan taulan, saudara-mara dan kenalan memeriahkan kempen 1GROUP1ORPHAN agar sasaran 100 anak yatim berjaya ditaja.

Borang tajaan boleh didapati pada setiap gambar anak yatim yang ingin ditaja dan akan didaftarkan setelah ahli kumpulan cukup 10 orang. Klik gambar anak yatim pilihan anda dan isi borang melalui link yang disediakan di setiap gambar. Pihak kami akan menghubungi anda setelah borang diterima untuk pengesahan kumpulan anak yatim yang akan ditaja.

Pendaftaran dengan sumbangan sebanyak RM228/setahun seorang, semua kumpulan yang telah mendaftar akan diberikan:

• Profil anak yatim yang telah ditaja
• Laporan tahunan setiap tahun

PEMBAYARAN TAJAAN ATAS NAMA:

Humanitarian Care Malaysia Berhad

Maybank – 5515 7500 4299
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592

Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp: 013-7444760

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Pn Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud