Print

Sumbangan & penajaan berterusan buat anak-anak yatim MyCARE

on .

Terima kasih kepada semua yang membantu pengumpulan dan pengagihan dana sebanyak RM14,699,787.00 melalui MyCARE kepada anak-anak yatim Palestin, Syria, Rohingya, Iraq dan Filipina.

Mereka terdiri daripada penyumbang, staff, aktivis, sukarelawan dan rakyat Malaysia keseluruhannya dari pelbagai usia dan latar belakang.

Berjuta kanak-kanak di seluruh dunia telah menjadi yatim disebabkan oleh peperangan, kebuluran, penyakit, bencana alam dan sebagainya. Ada di antara mereka yang kehilangan ibu atau bapa malah seluruh ahli keluarga.

Hidupnya seringkali merasa sunyi, tiada tempat bergantung, tiada kasih sayang yang ingin dicurahkan dan adakalanya merasa sendirian tanpa mereka yang disayangi di sisi.

Lebih menyayat hati, mereka ini tiada bekalan makanan dan minuman untuk dinikmati, terpaksa berkongsi atau berpuasa untuk menahan lapar.

Sempena Hari Anak Yatim Sedunia (World Orphan Day) yang akan disambut pada 12 November 2018 (Isnin) ini, mari kita meneruskan komitmen dan meningkatkan usaha menyantuni anak-anak yatim.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE

Bersama kita sebarkan program Penajaan Anak Yatim MyCARE di Palestin, Syria, Iraq, Filipina dan Rohingya agar terciptanya impian untuk masa depan yang lebih indah kepada anak-anak ini.

Borang online boleh didapati di sini:
http://bit.ly/JomTaja

Sumbangan umum boleh dimasukkan atas nama:

Humanitarian Care Malaysia Berhad

Maybank – 5515 7500 4299
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592

Reference : umum anak yatim

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Bahagian Penajaan di 03-89412341 / 013-7444760 atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud