Print

Majlis Iftar Perdana meraikan tenaga pengajar & pelajar tahfiz

on .

Majlis Iftar Perdana meraikan tenaga pengajar & pelajar tahfiz

Guru ibarat lilin. Lilin yang mengorbankan dirinya untuk menghasilkan cahaya-cahaya yang bakal menerangi bumi Gaza. Apatah lagi guru-guru yang berusaha melahirkan para hafiz dan generasi al-Quran ini.

Setiap tahun, Aqsa Syarif akan menyantuni guru-guru dari Darul al-Qur’an Karim Wa Sunnah (DQWS) serta pelajar-pelajar tahfiz. Pelajar-pelajar tahfiz ini ditaja sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dalam projek ‘Adopt a Hafiz’ yang berlangsung pada Mei-April lalu. Ini merupakan pelajar tahfiz batch kedua yang berjumlah 700 orang. Seramai 900 orang tahfiz telah tamat pengajian bagi batch pertama.

Pernahkah kita terfikir mengapa warga Gaza masih mampu bertahan daripada serangan kejam Zionis Israel selama ini? Jawapannya adalah al-Quran. Ya, al-Quran! Bukan kerana al-Quran sebagai mushaf semata, tetapi kerana isi kandungan al-Quran, janji-janji Allah dan ganjaran orang yang mempertahankan agama hidup di hati mereka.

Pengerusi Darul al-Qur’an Karim Wa Sunnah (DQWS), Syeikh Dr. Abdul Rahman Yusuf al-Jamal memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang dari Malaysia. Beliau menambah bahawa MyCARE adalah saluran sumbangan yang sangat telus dan mempunyai hubungan baik bersama DQWS.

Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif

JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan dan Adopt A Hafiz. Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!

Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan

Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’

Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592

Maklumkan ke emel:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282
Reference: myramadan

Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.

“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim

“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud