Print

Jom bantu anak yatim

on .

Walau pun Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan nilai wang ringgit dan peningkatan kos sara hidup, namun ia tidak menghalang semangat rakyat Malaysia terus prihatan menyumbang dan menaja anak-anak yatim yang sememangnya lebih memerlukan bantuan dan perhatian dari kita.

Alhamdulillah, sejak tahun 2010 MyCARE telah menaja 3000 orang anak-anak yatim dari Palestin, Syria, Rohingya dan Filipina. Setakat ini seramai 1240 orang anak yatim yang masih diteruskan penajaan disebabkan beberapa faktor, antaranya adalah ada di kalangan anak yatim yang telah cukup umur, tidak memerlukan bantuan dari tahun ke tahun dan juga sebab-sebab lain.

Bagi anda di luar sana yang berminat untuk menaja anak-anak yatim yang memerlukan perlindungan, masih terdapat 660 orang anak yatim yang menanti penajaan dermawan yang prihatin.

 

Penajaan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Tempoh penajaan minima adalah selama setahun dan penaja digalakkan untuk terus menaja sehingga anak-anak ini berumur 18 tahun.

 

Ayuh sebar dan luaskan Program Penajaan Anak Yatim MyCARE ini agar kita dapat sama-sama mencipta masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini. Borang online boleh didapati di sini:
http://bit.ly/JomTajaAnakYatim

 

Sumbangan boleh dimasukkan atas nama:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
Maybank – 5515 7500 4299
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592
JomPay: 6197
Reference 1: “AY umum/ Kod tajaan”
Reference 2: “No telefon”

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Bahagian Penajaan di 03-89412341 / 013-7444760

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud