Print

Terima kasih para penaja!

on .

Alhamdulillah. MyCARE telah berjaya menyalurkan bantuan sumbangan penajaan kepada anak-anak yatim di Palestin dengan jumlah penajaan sebanyak RM1,033,074.30.

Sebanyak RM641,327.40 telah dimanfaatkan kepada 300 orang anak-anak yatim pada fasa pertama sejak Januari 2015 sehingga Disember 2015. Fasa Kedua,Januari sehingga Jun 2016, sebanyak RM391,747.00 telah disalurkan kepada 368 anak-anak yatim Palestin.

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja dan penyumbang yang konsisten menaja anak-anak yatim Palestin. Terima kasih atas keprihatinan dan kasih sayang yang sentiasa berterusan. Semoga Allah senantiasa memberi rahmah kepada para penyumbang bersama ahli-ahli keluarga dan digandakan rezeki untuk terus istiqamah membantu isu-isu kemanusiaan.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud