Print

Projek #GiveHope

on .

Bersempena Misi Women’s Boat to Gaza (WBG), MyCARE melancarkan Projek #GIVEHOPE yang akan memfokuskan kepada 2 projek utama:

1) Penajaan Pembedahan Pesakit Miskin (Wanita & Kanak-Kanak)
2) Penajaan Kaki & Tangan Palsu untuk Kanak-Kanak

PROJEK PENAJAAN PEMBEDAHAN PESAKIT MISKIN (GAZA)

= Kos Tajaan: RM 100 /unit
= Sasaran Tajaan: 15,000 unit

Projek ini akan membantu lebih 3,000 wanita dan kanak-kanak miskin yang terpaksa berada didalam senarai menunggu (waiting list) dan senarai penerima bantuan ini telah dikenalpasti oleh pejabat MyCARE – Gaza dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

PENAJAAN KAKI & TANGAN PALSU (KANAK-KANAK)

= Kos Tajaan: RM 50 /unit
= Sasaran Tajaan: 10,000 unit

Projek ini akan membantu kanak-kanak di Palestin dan Syria untuk diberikan kaki dan tangan palsu dan proses rehabilitasi untuk mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Senarai penerima setakat ini adalah seramai 12 kanak-kanak di Gaza dan 10 di Syria.

Selama 5 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan RM 75 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.

Ayuh ceriakan saudara kita di Gaza dan Syria melalui 2 langkah berikut:

Dua langkah mudah untuk menyumbang:

1) Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’:

Akaun Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602-135-592
JomPAY Biller Code: 6197

2) Maklumkan melalui email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bersama salinan slip/resit

Atau

Whatsapp/Telegram ke
+6019-6551948 (Aiman)

nyatakan kemasukan untuk ’#GiveHope’

Kami menerima sebarang amaun/jumlah sumbangan untuk projek ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE: +603-8941 2341 (En Aiman)

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud