Print

Direct Debit Aqsa Syarif

Peningkatan jumlah sumbangan orang ramai ke tabung Aqsa Syarif pada tahun 2010 hingga 2012 telah menjadi penanda aras tentang kepentingan dan keperluan untuk menyediakan satu medium sumbangan yang sistematik dan berterusan untuk memudahkan orang ramai menyumbang kepada rakyat Palestin secara mudah.

(scroll ke bawah untuk muat turun borang)

Objektif Direct Debit

1. Membantu memudahkan orang ramai menyumbang kepada Tabung Palestin melalui akaun Aqsa Syarif
2. Membantu pihak Aqsa Syarif mendapat maklumat transaksi sumbangan dari pihak yang menyumbang

Penerangan cara-cara pemprosesan borang Direct Debit (rujuk aliran carta di bawah)

1. Dapatkan borang Direct Debit :
1.a   beserta sampul surat daripada wakil sekretariat Aqsa Syarif di setiap negeri dan daerah ataupun di Ibu Pejabat Aqsa Syarif.
1.b   dengan memuat turun dari website kami sebanyak 2 salinan. Sila pastikan kedua-dua salinan diisi dengan maklumat yang sama sebelum dihantar ke pihak Aqsa Syarif.

2. Isikan borang Direct Debit (boleh lihat contoh cara mengisi di bawah) dan hantar ke Ibu Pejabat Aqsa Syarif seperti alamat di bawah:

No. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

3. Pemprosesan borang Direct Debit :
•    Pegawai Aqsa Syarif akan memproses borang Direct Debit anda dan kami akan menghantar borang Direct Debit anda ke pihak Maybank untuk urusan lanjut.

4. Proses penolakan
•    Sebaik sahaja borang Direct Debit siap diproses, proses penolakan akan bermula mengikut tarikh penolakan pertama pilihan anda.

5. Penyerahan resit sumbangan
•    Sebaik pihak kami menerima sumbangan anda (melalui pemakluman dari pihak Maybank), pihak kami akan menghantar resit pemakluman penolakan kepada setiap penderma.
Jika terdapat sebarang masalah, boleh terus berhubung dengan kakitangan kami di:

No. Telefon: +603-8941 2341
No. Faks: +603-8941 2034
Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Layari website, like facebook dan follow twitter kami untuk makluman lanjut :

Website : www.aqsasyarif.org.my
Facebook : www.facebook.com/aqsa.syarif
Twitter : www.twitter.com/aqsasyarifhq

Carta aliran pemprosesan borang Direct Debit

Penerangan cara-cara untuk mengisi borang Direct Debit (rujuk contoh borang di bawah)

1. Pilih Jenis Permohonan
•    Bagi pemohon yang baru, tandakan pada kotak permohonan baru.
•    Bagi pemohon sedia ada yang ingin mengemas kini maklumat peribadi atau jumlah sumbangan, tandakan pada kotak kemaskini.
•    Bagi pemohon sedia ada yang ingin menamatkan sumbangan, tandakan pada kotak pembatalan.

2. Isikan nama pemegang akaun
•    Isikan nama penuh anda seperti di dalam kad pengenalan (IC).

3. Isikan nombor ID
•    Pilih dan tandakan jenis ID yang sesuaidan isikan nombor ID anda.

4. Isikan nombor akaun
•    Isikan nombor akaun anda sama ada akaun simpanan atau semasa.

5. Isikan kod bank bagi akaun anda (rujuk senarai di bawah)
•    ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD (MFBB), AMBANK (M) BERHAD (ARBK), BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB), BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (BMMB), CIMB BANK BERHAD (CIMB), CITIBANK BERHAD (CITI), HONG LEONG BANK BERHAD (HLBB), HSBC, MALAYAN BANKING BERHAD (MBB), OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD (OCBC), PUBLIC BANK BERHAD (PBB), RHB BANK BERHAD (RHB)

6. Isikan tujuan pembayaran
•    Sumbangan Umum Palestin, Tajaan Anak Yatim Palestin, Sumbangan Projek Palestin dan lain-lain.

7. Isikan jumlah pemotongan pilihan
•    Tetapkan jumlah pemotongan yang ingin dibuat. Minimum pemotongan adalah RM10.

8.    Tetapkan kekerapan maksimum
•    Sekiranya meletakkan 01 (maksudnya penolakan akan dibuat untuk sekali), sekiranya 02 (maksudnya penolakan akan dibuat untuk dua kali).

9. Tetapkan mod kekerapan
•    Pilih dan tandakan pada kotak harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Sekiranya anda memilih bulanan, penolakan akan dibuat sebulan sekali.

10. Tetapkan tarikh pengaktifan pemotongan
•    Disarankan tarikh mula pemotongan adalah 20 hari selepas borang diserahkan untuk diproses. Contoh, borang diisi pada 1 Julai 2013, tarikh pengaktifan disarankan adalah bermula 21 Julai 2013.

11. Tarikh tamat pemotongan

12. Tandatangan atau cop syarikat
•    Tandatangan hendaklah sama seperti di dalam sistem bank.

Contoh borang Direct Debit

Muat turun (pdf)

Borang Direct Debit Aqsa Syarif

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud