Print

Sumbangan daripada PPLGM

SUNGAI BULOH, 29 Januari 2018 – Satu majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung bertempat di Akademi Hevea Malaysia di antara Persatuan Pesara Lembaga Getah Malaysia (PPLGM) dan MyCARE.

PPLGM telah membantu menggumpulkan RM8,030.00 untuk disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza yang akan disalurkan kepada bantuan musim sejuk di sana.

MyCARE diwakili oleh Dr. Tahir Abdul Rahman (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE), Saudara Aiman Khairul Azzam dan Saudara Sazlie.

Terima kasih warga PPLGM di atas sumbangan dan sokongan berterusan kepada isu Palestin dan kemanusiaan sejagat!

Kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama untuk membantu isu-isu kemanusiaan sejagat. Ayuh hubungi pegawai kami Saudara Aiman sekarang di talian 012-2799734.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud