Tadika Darul Ilmu taja anak-anak yatim Palestin
Tiga rangkaian Tadika Darul Ilmu telah menerima tabung MyCARE untuk tajaan Anak-Anak Yatim di bawah kelolaan MyCARE bagi tahun 2017.
Pelajar-pelajar Tadika Darul Ilmu berjaya menaja kawan-kawan seumur mereka sejak tahun 2016 di dalam kerjasama TDI - MyCARE Johor.
Tadika Darul Ilmu melancarkan tabung kemanusiaan RM1 Sehari sebagai sebahagian dari program mendidik anak-anak akan keprihatinan terhadap kawan-kawan mereka yang kurang bernasib baik seperti di Palestin.
Tahniah pihak Tadika Darul Ilmu, ibubapa dan anak-anak yang terlibat!