Print

Sumbangan PETRONITA untuk Rose2Rose

Biskut buatan rumah ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Persatuan Isteri-Isteri Kakitangan dan Kakitangan Wanita Petronas (PETRONITA) dalam menyokong Tabung Pembangunan Pusat Komuniti Wanita Palestin.

Hasil jualan biskut ini berjumlah RM 6,000.00 telah berjaya disumbangkan kepada Aqsa Syarif melalui pemakluman kepada bahagian kewangan kami. Sumbangan telah kami masukkan ke dalam Tabung Rose2Rose dan akan diserahkan dalam masa terdekat ke Palestin.

 


Usaha PETRONITA ini, akan dikongsikan bersama wanita dan kanak-kanak di Palestin melalui gambar biskut yang sedap dan bungkusan biskut yang kreatif ini!

Semoga Allah membalas semua yang telibat dalam projek ini dan kepada yang telah membeli biskut ini. Juga sumbangan masih diteruskan sehingga Palestin bebas!

Memperkasa Wanita Palestin

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud