Print

Tadika Darul Ilmu taja anak-anak yatim Palestin

Tiga rangkaian Tadika Darul Ilmu telah menerima tabung MyCARE untuk tajaan Anak-Anak Yatim di bawah kelolaan MyCARE bagi tahun 2017.

Pelajar-pelajar Tadika Darul Ilmu berjaya menaja kawan-kawan seumur mereka sejak tahun 2016 di dalam kerjasama TDI - MyCARE Johor.

Print

Pelajar kolej turut menaja anak yatim

Alhamdulillah, dengan usaha mengumpulkan 190 orang penaja di kalangan pelajar-pelajar kolej dengan bayaran serendah RM1 sebulan, Saudara Usaid Bin Muhammad Asmadi berjaya menaja anak yatim buat kali ketiga. Kali ini beliau datang bersama 2 orang rakan wanita, Saudari Nur Syahirah Ain Binti Omar dan Natasha Binti Razak yang berjaya menaja seorang anak yatim dengan menggunakan inisiatif yang sama seperti beliau.

Aqsa Syarif dan MyCARE ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Usaid dan rakan-rakannya atas usaha mereka menjejaki 190 orang penyumbang di kalangan pelajar-pelajar untuk menaja seorang demi seorang anak yatim di negara-negara yang tidak bernasib baik.

Saudara Usaid dan rakan-rakannya telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk rakyat Malaysia khususnya remaja-remaja di luar sana untuk bersama menyumbang kepada anak-anak yatim Palestin, Syria dan Rohingya yang memerlukan.

JOM taja anak yatim PALESTIN, SYRIA dan FILIPINA di http://bit.ly/JomTajaAnakYatim

Terima kasih
Team Penajaan Anak Yatim MyCARE

Print

KPJ Ampang Puteri sumbang RM50,000

MyCARE telah menerima sumbangan bernilai RM 50,000 dari Pengarah Perubatan KPJ Ampang Puteri, Dato’ Dr. Abdul Wahab Ghani selaku wakil kepada 60 orang pakar konsultan di KPJ Ampang Puteri.

“Nilai bantuan ini adalah kecil berbanding dengan bantuan-bantuan yang disampaikan oleh rakyat Malaysia melalui MyCARE. Insya Allah kami berazam untuk menyemarakkan lagi isu-isu kemanusian khasnya kempen Winter Relief di kalangan pekerja-pekerja Hospital KPJ Ampang Puteri,.” ujar beliau semasa Sidang Media Winter Relief 2016.

Print

Tadika Darul Ilmu taja 50 anak-anak yatim Palestin

JOHOR BAHRU, 19 Nov 2016 - Umum diketahui bahawa Gaza telah diserang bertalu-talu oleh rejim zalim zionis Israel pada tahun 2008, 2012 dan 2014. Serangan-serangan udara juga berlaku secara berterusan ke atas Gaza selain serangan-serangan besar di atas. Kesannya ialah ramai ketua keluarga di kalangan rakyat Palestin khususnya di Gaza yang menjadi syuhada'.

Sejumlah anggaran 20,000 anak-anak dan bayi di Palestin telah menjadi yatim dan kini majoritinya tinggal bersama ibu-ibu dan datuk nenek masing-masing. Dengan keadaan Gaza yang masih dikepung dan krisis ekonomi kerana kepungan Israel, maka anak-anak yatim di Gaza sangat memerlukan bantuan luar negara melalui tajaan-tajaan.

Print

Penyerahan sumbangan oleh Wakaf Selangor Muamalat

BANTING, 18 Okt 2016 - Majlis penyerahan sumbangan berjumlah RM 50,000 oleh Wakaf Selangor Muamalat telah berlangsung di Perkim.

Majlis penyerahan diserikan dengan kehadiran Y. Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat dan Dato' Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat.

Print

JomDerma dengan JomPay

Anda pernah menggunakan servis JomPAY untuk membayar bil-bil anda? Kini anda boleh menderma dengan JomPAY kepada MyCARE.

Hanya ingat biller code ini iaitu: 6197 untuk menyumbang kepada projek-projek kemanusiaan di bawah MyCARE.

2 langkah mudah menderma melalui JomPAY:

1) Layari laman web perbankan atas talian anda atau gunakan aplikasi Mobile Banking.
2) Cari pilihan JomPAY di menu 'pembayaran bil' atau 'bill payment'. Masukkan butiran dan sahkan sumbangan.

Contoh:
Ref-1: Palestin
Ref-2: No Tel anda

Terima Kasih diatas sokongan anda!

Setiap sumbangan anda amat berharga untuk membina dunia yang aman dan sejahtera!

Aqsa Syarif merupakan agensi dibawah (MyCARE) Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) mulai 1 Januari 2015. Antara agensi yang turut berada dibawah pengurusan yang sama adalah IKRAM for SYRIA • i4s, Rose2Rose (R2R), Palestine Centre of Excellence - PACE, Salam Iraq dan Nusantara Care (NICE).

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud