Print

Perutusan Hari Raya Eidul Fitri 1435h Aqsa Syarif & Ikram 4 Syria (i4S)

Aqsa Syarif mengambil ruang ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dan para penderma atas doa, sumbangan wang dan apa jua sokongan ke atas kempen yang dilancarkan oleh Aqsa Syarif untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin khasnya penduduk Gaza yang sehingga kini masih diserang dengan penuh biadap tanpa rasa belas sedikitpun oleh rejim Zionis yang bersifat kehaiwanan.

Print

Walk For Charity Important Announcement

Dear all,

Please be informed that due to the unpredictable haze and unhealthy environment, and after checking with the relevant authorities, Sekretariat Rose2Rose has decided to postpone this charitable walkathon event to a later date.

Print

Kaji Selidik Aqsa Syarif

Aqsa Syarif telah melancarkan kaji selidik penerimaan dan persepi orang awam terhadap peranan Aqsa Syarif sebagai organisasi atau badan sukarelawan kemanusiaan yang memfokuskan isu ummah iaitu Palestin. Kaji selidik ini bermula dari 1 hingga 15 November 2013.

Print

Perutusan Pengerusi Aqsa Syarif bersempena Eid Al-Adha 1434H

Saat ini hampir empat juta umat Islam sedang berada di Makkatul Mukarramah untuk melaksanakan ibadah haji, kemuncak kepada rukun Islam ke lima. Hari Raya Haji juga disebut sebagai Yaum-un-Nahar atau hari menyembelih haiwan qurban. Hari itulah yang disambut sebagai Eid-ul-Adha hari Raya yang dikaitkan dengan ibadah ‘udhiya atau korban.

Print

Peraduan Sticker Pembebasan Palestin

Kesedaran masyarakat Malaysia telah memutik dan bercambah dengan lebih segar berhubung isu Palestin. Isu Palestin kini menyentuh hampir semua lapisan masyarakat, kanak-kanak, remaja, agamawan, ilmuwan, ahli politik dan korporat tidak kira agama, kaum dan fahaman masing-masing.

Syukur, Palestin mampu menyatukan ramai pihak di Malaysia khususnya dan antarabangsa umumnya. Atas kesedaran itu, pihak Perodua telah menyumbangkan sebuah kereta MyVi kepada pejabat pentadbiran Aqsa Syarif bagi melancarkan urusan-urusan membebaskan Palestin di Malaysia. Semoga Allah membalas amal staff-staff Perodua khususnya dan rakyat Malaysia yang lain.

Oleh itu, kami di Aqsa Syarif ingin merapatkan lagi hubungan dengan rakyat Malaysia di luar sana. Kami menganjurkan pertandingan 'Stiker Pembebasan Palestin' sebagai tanda menghargai usaha para pejuang yang menyumbang. Hasil karya akan dicetak dan ditampal pada kereta MyVi ini nanti.
Print

Salam Aidilfitri 1431


Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami di Aqsa Syarif Berhad. Semoga Allah merahmati anda semua, khususnya kepada para penyumbang dan dermawan yang telah memberi sumbangan/menaja keluarga
miskin dan anak yatim Palestin. Terima kasih.

Ibu pejabat Aqsa Syarif akan ditutup mulai hari Rabu, 8 September dan akan dibuka semula pada hari Isnin, 13 September 2010.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud