Print

SIRI AL-AQSA | Kenali Masjid Al-Aqsa (Bahagian 1)

 

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 2: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 3: AL-QUDS REBUTAN 3 AGAMA?
BAHAGIAN 4: SAAT AL-AQSA JATUH KE TANGAN ZIONIS ISRAEL
BAHAGIAN 5: 21 OGOS - HARI AL-QUDS SEDUNIA
BAHAGIAN 6: PENGYAHUDIAN AL-AQSA?

---

Jika kita sayang pada seseorang maka kita akan cuba mengenali hati budi, perwatakan dan ciri-ciri individu tersebut sebaik mungkin begitu juga jika kita menyayangi Masjid Al-Aqsa maka kita kena mengenali Masjid ketiga yang dimuliakan dalam Islam ini.

Untuk mengetahui apa itu sebenarnya Masjid al-Aqsa terdapat beberapa tanda dan ciri-ciri berdasarkan mercu tanda, sejarah, keadaan geografi dan kata-kata para ulama tentang Masjid al-Aqsa. Berikut adalah rumusannya :

1. Adanya pagar yang mengelilingi kawasan masjid
Pagar inilah yang menandakan batasan masjid. Tanah yang diatasnya merupakan tapak Masjid al-Aqsa yang dulunya merupakan tanah kosong yang mendatar tinggi sebelum ia diratakan.

Print

Lawatan Ke Masjidil Aqsa | Artikel 2: Kami juga mahu, apabila Palestin dibebaskan!

(Sambungan dari Lawatan Ke Masjidil Aqsa | Artikel 1: Passport Malaysia VS Diplomasi Jordan-Israel)

Ulama sepakat mengatakan hukum berdamai dengan Israel adalah haram. Pendapat ini adalah jumhur iaitu meliputi kebanyakan ulama yang muktabar dan ikhlas. Hukum berdamai dengan Israel ini telah diputuskan sejak tahun 1935 lagi di dalam muzakarah ulama sedunia di Baitul Makdis. Al-Haj Amin Husaini, mufti Palestin pada ketika itu telah memfatwakan dan disokong oleh 500 ulama dari seluruh dunia haram wujudnya sebarang hubungan di antara umat Islam dengan zionis Israel yang cuba merampas negara Palestin.

Print

Keadilan Salahuddin Al-Ayubi, pembebas Masjidil Aqsa

Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

Pencerobohan Palestin oleh Tentera Salib benar-benar mencabar Salahuddin al-Ayubi, apatah lagi setelah khabar mengenai kekejaman Tentera Salib terhadap Muslim telah tersebar. Ia membakar semangat jihad Salahuddin untuk membebaskan bumi Palestin daripada tangan Tentera Salib. Pembebasan bumi Palestin daripada kuasa penjajahan menjadi keutamaan kepadanya memandangkan bumi tersebut sebagai salah satu daripada tempat suci bagi umat Islam.

Bahā’ al-Dīn ibn Shaddād, seorang penulis biografi mencatatkan kata-kata Salahuddin bahawa,

“Ketika Tuhan mengizinkan saya untuk menakluki Mesir, saya menyedari bahawa Dia juga menginginkan saya menakluki kawasan pantai Syria, kerana Dia telah meletakkan ilham ini dalam fikiran saya.”

Print

Kenali Masjid Al-Aqsa

Al-Aqsa sebenarnya bukanlah hanya Dome of The Rock (bangunan berkubah emas). Al-Aqsa juga bukanlah hanya bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami' al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).

Al-Jami' (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang Jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla dan sebagainya. Jadi, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat Jumaat.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud