Print

Ulasan Mingguan PACE | 9 - 15 Jan 2016

on .

Minggu ini menyaksikan meningkatnya serangan-serangan yang dilakukan oleh pejuang Intifada di Tebing Barat. Pada pagi 14/1, tentera Zionis Israel menembak seorang pemuda Palestin, Muayyid Auni al-Jabbarin 20 tahun sehingga mati kerana disyaki ingin menyerang tentera mereka di timur Hebron. Pada Zuhur hari yang sama, seorang komando tentera Zionis Israel cedera parah akibat ditikam oleh seorang pejuang Intifada di perlintasan 17 di Jabal Aibal Nablus. Sementara pemuda Palestin Haitsam Mahmud Barahimah Yasin 35 tahun dari Asherah utara yang melakukan operasi tikam tersebut syahid ditempat kejadian selepas ditembak askar Zionis Israel.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 2 - 8 Jan 2016

on .

Minggu ini menyaksikan empat orang pemuda Palestin terkorban ditembak oleh tentera Zionis Israel pada Khamis petang 7/1 di penempatan berasingan. Khalil Mohammad Shalaladah, 16 tahun, ditembak sehingga mati oleh tentera Israel di penempatan Beit Einun kerana disyaki ingin menikam seorang tentera mereka. Pada petang yang sama, tentera Israel telah menembak mati tiga orang pemuda Palestin di penempatan Gush Etzion kerana mereka disyaki ingin melakukan operasi tikam menurut akhbar 0404 Israel. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, jumlah syuhada Intifada ke-3 yang bermula awal Oktober 2015 lalu telah mencapai 149 orang, 28 daripadanya adalah kanak-kanak dan 7 orang wanita.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 19 - 26 Dis 2015

on .

Minggu ini menyaksikan meningkatnya serangan-serangan yang dilakukan oleh pejuang Palestin di Tebing Barat. Pada Khamis 24/12, seorang pemuda Palestin Muhammad Zahran 22 tahun ditembak mati oleh tentera Zionis Israel selepas berjaya menikam dan mencederakan dua orang askar Zionis Israel di kawasan perindustrian di penempatan Areil. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Palestin, seramai empat orang rakyat Palestin telah syahid pada khamis 24/12 dalam operasi berasingan di Tebing Barat. Menurut laporan Kementerian yang sama, sehingga kini jumlah syuhada Intifada ke-3 yg telah terkorban meningkat kepada 135 orang, 26 daripadanya adalah kanak-kanak dan 6 orang wanita.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 11 - 18 Dis 2015

on .

Pada Rabu 16/12 seorang remaja perempuan berumur 18 tahun, Samah Abdul Mukmin Ahmad telah syahid selepas bertarung nyawa di hospital akibat ditembak oleh tentera Zionis Israel pada 23/11 lalu di pos tentera Zionis yg terletak di Hawarah selatan Nabulus. Menurut laporan, Samah mengalami pendarahan dalam kepala dan keadaannya sudah dikatakan parah sejak dirawat di unit kecemasan. Pada hari yang sama, tentera Zionis Israel telah memaksa sebuah keluarga Palestin mengosongkan rumah mereka yang teletak di daerah Ya’bud, wilayah utara Tebing Barat. Menurut sumber daripada penduduk berdekatan, rumah keluarga Yahya Abu Syamla tersebut telah dijadikan sebagai markaz tentera Zionis dan kelihatan dirumah tersebut tentera-tentera daripada unit khas dan unit sniper.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 5 - 11 Dis 2015

on .

Minggu ini menyaksikan meningkatnya serangan dan operasi-operasi yang dilakukan oleh pejuang Intifada pada kali ini. Pada rabu 9/12 , seorang pendatang haram Yahudi mati ditembak dan isterinya cedera parah terkena tembakan di pusat kawalan tentera Zionis yang terletak di tenggara Tulkrem.

Gerakan Pembela Islam Palestin ( Hamas ) di jalur Gaza memuji dan menyifatkan serangan tersebut merupakan sebahagian daripada operasi perjuangan rakyat Palestin melawan dan menolak penjajahan yang dilakukan oleh Zionis Israel. Dalam pada itu, Hamas menyeru seluruh rakyat Palestin terus besama-sama meningkatkan serangan dalam menuntut hak mereka demi membalas dan menghargai darah-darah syuhada yang telah terkorban.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 29 Nov - 4 Dis 2015

on .

Pada 29/11 , seorang remaja Palestin 17 tahun telah ditembak di dada ketika pertembungan dengan tentera Zionis Israel di perkampungan Silwan semalam. Ayman Samih al-Abbasi telah syahid ditempat kejadian. Sebelumnya, seorang pemuda berumur 38 tahun Basim Sholah telah syahid setelah ditembak oleh tentera Zionis Israel di al-Quds setelah melakukan operasi menikam seorang tentera Israel. Di penempatan Tel Armidah, 2 orang pemuda telah syahid ditembak tentera Zionis Israel pada pagi Jumaat 4/12 kerana dituduh menikam seorang tentera mereka hingga cedera. Jumlah terbaru syuhada sehingga kini meningkat kepada 112 orang, 24 daripadanya adalah kanak-kanak dan 5 orang perempuan.

Menurut data statistik daripada Institut Kajian Al-Quds , sebanyak 175 aksi serangan berani mati dilakukan oleh pemuda-pemudi Palestin terhadap tentera Israel dan pendatang haram Israel semenjak tercetusnya Intifada ke-3 awal Oktober lalu. Menurut bacaan data, serangan yang dilakukan terdiri daripada pelbagai ragam yang melibatkan pelbagai lapisan umur dan jantina , antaranya adalah serang tikam, langgar , tembak dan lain-lain serangan. Serangan tersebut telah berjaya mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang Zionis Israel dan mencederakan 300 yang lain.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud