Print

Apa kata Hamas mengenai Ziarah al-Quds?

on .

1. Aqsa Syarif, Hamas, al-Qassam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi dan semua pihak yang menyokong fatwa pengharaman lawatan ke Masjid al-Aqsa ketika ia masih di bawah penjajahan Zionis Israel tidak sekali-kali menafikan keistimewaan al-Aqsa sepertimana yang disebut dalam hadis-hadis Rasulullah SAW. Keistimewaan al-Aqsa itu kekal dan diiktiraf.

2. Pun begitu, menggunakan alasan keistimewaan al-Aqsa hingga mendatangkan lebih mudarat kepadanya ketika ia berada di bawah penjajahan Zionis Israel adalah perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak yang menyokong perjuangan pembebasan Palestin.

3. Niat baik untuk membantu peniaga kecil Palestin di sekitar Masjid al-Aqsa adalah niat yang terpuji. Namun, niat baik ini perlu diselarikan dengan maslahat yang lebih besar iaitu membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin seluruhnya dari penjajahan Zionis Israel. Jika tidak, al-Aqsa akan berterusan berada di bawah kepungan dan rakyat Palestin akan terus dipaksa bergantung kepada lanskap ekonomi yang dikuasai Zionis Israel.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 15 - 21 Feb 2016

on .

Pada Khamis 18/2, dua orang remaja Palestin Aiman Bassam Ibrahim Shabah (14 thn) dan Salim Mahmud Thaha (14 thn) cedera parah akibat ditembak oleh pendatang Zionis Israel dalam satu operasi tikam yang dilakukan oleh mereka. Operasi tersebut berjaya membunuh seorang pendatang Zionis Israel akibat ditikam dibahagian leher serta seorang lagi cedera parah terkena tikaman di bahagian dada disebuah pasaraya mini di timur Ramallah. Pada pagi Jumaat 19/2 , seorang pemuda Palestin syahid ditembak oleh tentera Zionis Israel di pintu gerbang Al-Amud di Al-Quds. Pemuda tersebut Muhammad Khalaf (20 thn) yang berasal daripada penempatan Kafr ‘Aqab berjaya mencederakan dua orang tentera Zionis Israel sebelum ditembak bertubi-tubi lebih daripada 50 das tembakan kearahnya. Pada waktu Zohor 21/2 , tentera Zionis Israel menembak mati seorang pemuda Palestin Qasa Abu Rabb (16 thn) kerana disyaki ingin menikam tentera mereka di selatan Nabulus, wilayah utara Tebing Barat. Menurut sumber Palestin Info,  pasukan penyelamat dihalang tentera Zionis Israel daripada memberi bantuan kecemasan kepada mangsa, seterusnya dibiarkan sehingga mati.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 8 - 14 Feb 2016

on .

Minggu ini menyaksikan penentangan dan operasi yang dilakukan oleh pejuang Intifada semakin memuncak. Pada Khamis 11/2, beberapa pejuang Intifada tercedera akibat terkena tembakan dan terhidu gas pemedih mata dalam satu pertembungan dengan askar Zionis Israel di Kem Ayeda yang terletak di utara Baitulahem. Pada Sabtu 13/2, seorang gadis Palestin ditembak mati oleh tentera Zionis Israel di penempatan lama yang terletak di kota Hebron wilayah selatan Tebing Barat.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 1 - 7 Feb 2016

on .

Pada Rabu 3/2, tiga pemuda Palestin syahid dalam satu operasi serangan yang menyebabkan seorang tentera wanita Zionis Israel terbunuh serta tiga orang tentera mereka tercedera di wilayah Amud yang terletak di bandar al-Quds. Menurut sumber daripada polis dan media Israel, ketika pergelutan terjadi antara tentera perempuan dan tiga pemuda tersebut, sejumlah tentera datang dan kemudiannya melepaskan tembakan sesama mereka yang mengakibatkan beberapa orang diantara mereka tercedera. Jurucakap rasmi Hamas, Husam Badran memuji serta mendokong operasi serangan yang dilakukan tiga pemuda tersebut serta menyifatkannya sebagai satu titik perubahan yang terpenting bagi Intifada ketiga pada kali ini. Husam dalam kenyataan medianya menegaskan bahawa serangan tersebut merupakan satu isyarat yang menunjukkan tekad dan komitmen rakyat Palestin meneruskan perjuangan Intifada, walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang dahsyat.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 23 - 30 Jan 2016

on .

Minggu ini menyaksikan penentangan daripada pejuang Intifada terus meningkat. Pada Jumaat 29/1 tengah malam, sejumlah pejuang Intifada tercedera selepas bertempur dengan tentera Zionis Israel di penempatan Ya’bud selatan Jenin. Pasukan tentera Zionis Israel dikatakan menyerbu kawasan tersebut serta memprovokasi penduduk seterusnya melepaskan gas pemedih mata, bom suara serta melepaskan beberapa das tembakan. Pada Jumaat malam yang sama, tentera Zionis telah menangkap empat orang rakyat Palestin di pos pemeriksaan utara Jenin. Menurut sumber tempatan, keempat pemuda berkenaan ditangkap dan dibawa ke kem tentera berdekatan seterusnya dibelasah dengan teruknya oleh tentera Zionis Israel.

Menurut penganalisa politik Zionis, Nadav Shragai mengatakan bahawa method membenteng yang dibuat “Israel” untuk mencegah daripada pejuang Palestin melakukan serangan keatas Zionis telah gagal dalam menghentikan operasi-operasi tikam dan langgar. Keterangan tersebut dinyatakan Shragai dalam satu artikel yang ditulis dalam akhbar Yisrael Hume edisi Rabu 27/1. Beliau menyatakan bahawa, pelbagai method perlindungan telah diambil oleh Israel tetapi tidak berkesan apabila berhadapan dengan pejuang Palestin. Beliau menegaskan bahawa berkemungkinan boleh dilanjutkan proses perlindungan, akan tetapi itu hanyalah masalah waktu sehingga pejuang Palestin berjaya menyusup serta melakukan operasi serangan.

Pada pagi Khamis 28/1, tentera Israel telah meroboh dan menghancurkan sebuah masjid di penempatan Rakhmah yang terletak di wilayah Nagev buat kedua kalinya. Menurut anggota Knesset Arab Tholb Abu Arar beliau berpendapat tindakan Israel merobohkan masjid ini merupakan satu penodaan terancang terhadap tempat suci rakyat Palestin dengan tujuan menekan penduduk terbabit supaya meninggalkan penempatan mereka. Dalam pada itu, kerajaan Zionis Israel mengecam gerakan boikot sedunia ke atas Israel ( BDS ) serta mengamcam mereka dengan melakukan serangan cyber. Menurut Menteri Urusan Strategi Israel, Gilad Ardan ketikamana ditemuramah di persidangan Cyber Tech 2016 di Tel Aviv mengatakan bahawa gerakan BDS seharusnya dipaksa mempertahankan dirinya sendiri bukannya menyerang Israel. Kerajaan Israel telah memperuntukkan sebanyak 100 juta Shekel untuk peperangan cyber menghadapi gerakan BDS.

Turki mengecam keras Israel yang bersetuju membangun 153 unit penempatan baru di Tebing Barat. Kementerian Luar Turki dalam satu keterangan yang dikutip daripada akhbar Anadolu menegaskan pihaknya mengecam keras persetujuan Israel atas pembangunan 153 unit baru di Tebing Barat dan Al-Quds timur yang dijajah Zionis tahun 1967 serta menegaskan bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang sepatutnya menegaskan prinsip-prinsip keamanan dan tindakan tersebut tidak dapat diterima sama sekali.

Perkembangan Di Gaza

Brigade Izzudin Al-Qassam melepaskan pemergian tujuh orang pejuangnya pada Khamis 28/1 setelah gugur syahid akibat tertimbus dibawah terowong lama yang pernah digunakan ketika peperangan lalu. Dalam keterangan rasmi Al-Qassam, ketujuh syuhada tersebut ialah Tsabit ar-Rifi (25 thn) yang merupakan ketua unit, Ja’far Hammadah (23 thn), Wasim Hasunah (19 thn), Nidhal Audah (24 thn), Mahmud Bashal (25 thn), Ghazwan Shubaki (25 thn), Izzuddin Qasim (21 thn ) yang kesemuanya daripada brigade Tuffah dan Daraj di timur Gaza.

Naib Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyyah dalam khutbahnya di masjid Al-Umari mengatakan bahawa, Brigade Izzudin Al-Qassam menggali terowong untuk mempertahankan Gaza serta menjadikannya sebagai titik tolak menuju pembebasan al-Aqsa keseluruhannya. Gaza hari ini meratapi pemergian syuhada’ yang berjuang di dalam tanah yang merangka jalan pembebasan. Haniyyah mengingatkan bahawa genjatan senjata bukanlah waktu untuk beristirehat dan bersantai, namun untuk mempersiapkan segala aspek kekuatan dalam menghadapi peperangan yang akan datang dengan Israel. Tambah Haniyyah, bahwa Brigade al-Qassam akan terus melakukan persiapan di bawah tanah dan di atasnya, di darat dan di laut dan tidak akan berhenti sampai terbebasnya tanah-tanah suci. Dalam mengakhiri ucapannya Haniyyah menegaskan bahawa generasi Al-Qassam merupakan legenda sejarah yang pernah dihasilkan oleh Gaza serta mengatakan “ Kami tidaklah menginginkan pangkat dan kuasa, namun apa yang kami inginkan adalah kebebasan dan negara”.

 

Teruskan bersama Palestine Centre of Excellence (PACE) untuk perkembangan terkini di Palestin.

‪#‎MyINTIFADA‬ ‪#‎IntifadaalQuds‬ ‪#‎Peace4Palestine‬ ‪#‎BoycottIsrael‬ ‪#‎Justice‬ ‪#‎Wake_up‬ ‪#‎BDS‬

Kredit foto: Mahmoud Abu Hamda & electronicintifada.net

Print

Ulasan Mingguan PACE | 16 - 22 Jan 2016

on .

Pada Rabu 20/1, seorang tentera Zionis Israel cedera dalam pertempuran dengan pejuang Intifada di penempatan Dznabah di Tulkrem. Menurut sumber daripda media Zionis, tentera Zionis Israel dengan jumlah yang ramai datang menyerbu kawasan berkenaan yang kemudiannya dihadang oleh pejuang-pejuang Intifada dengan tembakan api dalam beberapa minit sehingga tentera Zionis Israel mengumumkan salah seorang tenteranya tercedera. Pada Khamis 21/1 , tiga orang pejuang Intifada tercedera dalam satu pertembungan dengan tentera Zionis Israel di perkampungan Urief di Nabulus Tengah, yang terletak di utara Tebing Barat. Menurut laporan Quds Press, pertempuran berlaku selepas tentera Zionis Israel menyerbu kampung tersebut serta melepaskan gas pemedih mata serta menembak dengan menggunakan peluru yang bersalut getah ke arah pejuang yang melempar batu pada kenderaan tentera Zionis.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud