Print

Boikot Secara Bertanggungjawab, Jangan Vandalisme

on .


Bahagian 1: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia
Bahagian 2: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia | Sumbangan-sumbangan McD
Bahagian 3: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia | McD Israel

McD wajar diboikot tapi usahlah boikot itu dilaksanakan hingga merosakkan harta benda (vandalisme), menjatuhkan maruah pekerja McD dan perbuatan-perbuatan yg hanya merosakkan reputasi boikot yang sah.

McD bukannya sasaran kita. Sasaran kita adalah Zionis Israel.

McD diboikot agar ia berhenti menyokong Zionis Israel. McD ingin kita jadikan rakan/ally kita untuk menentang kezaliman Zionis Israel. Kita ingin seru McD dan para pekerjanya bersama-sama kita memperjuangkan hak rakyat Palestin.

McD diboikot bukan untuk dimusuhi mahupun dibenci. Tetapi untuk akhirnya dijadikan rakan seperjuangan. Justeru, lakukan boikot dengan cara yang bertanggungjawab dan berakhlak. Jangan kita pula menjadi perosak kepada tujuan asal boikot dan menyebabkan perjuangan membebaskan Palestin tertangguh keme

Khalid Jimat,
Pegawai Penyelidik,
Palestine Centre of Excellence (PACE).

Print

Menjawab Hujah McDonalds Malaysia | Bahagian 3 | McD Israel

on .

Bahagian 1: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia
Bahagian 2: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia | Sumbangan-sumbangan McD

Terdapat satu hakikat yang tidak disebut oleh McD dan tidak diwar-warkan oleh pihak yang melancarkan kempen boikot McD sendiri iaitu, McD mempunyai cawangan di negara haram Israel (Palestin 1948) dan merupakan fast food restaurant terbesar dgn penguasaan pasaran sehingga 70%!

Kewujudan McD Israel adalah faktor terbesar mengapa McD wajar diboikot!!!

McD Israel dibina atas tanah rakyat Palestin yang kini terpaksa merempat di kem-kem pelarian di West Bank, Gaza, Lubnan dll. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 5 juta* pelarian Palestin yang tidak mempunyai hak untuk kembali ke kampung halaman. McD Israel mengaut keuntungan atas kesengsaraan pelarian Palestin dan hasil mahsul Palestin yg kini dijarah Zionis Israel. Ini hakikat yg tidak pernah diceritakan!!!

Kita mengakui McD Corporation turut menyumbang kepada aktiviti-aktiviti masyarakat yang positif sbg sebahagian daripada CSRnya. Namun, ia tidak seharusnya melepaskan McD daripada jenayah mereka membantu kezaliman Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.

Yang salah tetap salah.

McD Corporation wajar diboikot kerana ia mengaut keuntungan atas kesengsaraan rakyat Palestin melalui McD Israel selain sumbangannya kepada JUF dll. McDonald's Malaysia juga bukan ‘innocent’ kerana biar pun diuruskan oleh Golden Arches Restaurant, hakikatnya keseluruhan saham McDonald's Malaysia adalah milik McDonald's Corporation. Ini fakta yg tidak diceritakan.

Benar, McD Malaysia ada yg dipunyai dan diusahakan oleh franchaisi-franchaisi tempatan tetapi yg tidak didedahkan ialah berapa peratus adalah milik franchaisi tempatan? Realitinya peratusan franchaisi tempatan bukanlah majoriti (sekitar 28% sahaja). Jika ini menjadi pertikaian, boikot boleh difokuskan kpd rangkaian McD yang berada di bawah kelolaan penuh Golden Arches Restaurant.

*http://www.unrwa.org/where-we-work
McDonald Israel: http://www.mcdonalds.co.il/

 

Khalid Jimat,
Pegawai Penyelidik,
Palestine Centre of Excellence (PACE).

Print

Menjawab Hujah McDonalds Malaysia | Bahagian 2 | Sumbangan-sumbangan McD

on .

Bahagian 1: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia
Bahagian 3: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia | McD Israel

McD merupakan penyumbang tegar (tidak terhad melalui sistem 'Matching Gift') Jewish United Fund (JUF) yang berperanan menjaga nama baik Israel dan kebajikan warganya (luar dan dalam Israel). JUF juga menjalankan kempen agar lebih ramai bangsa Yahudi berhijrah ke Palestin untuk mengukuhkan kedudukan mereka di sana*. Lebih mengejutkan lagi, JUF juga aktif membantu warga Israel ketika perang! Sumbangan McD telah menyebabkan mereka diiktiraf dalam rakan korporat JUF.

Selain JUF, McD turut menyumbang kepada beberapa agensi Yahudi pro-Israel yang lain. Salah satunya adalah Spertus Institute For Jewish Learning and Leadership di Chicago, Illnois. Institut ini merupakan antara institut terkemuka yang berusaha melahirkan generasi muda Yahudi yang berketrampilan dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk membela Israel. Institut ini pernah menganugerahkan ijazah kehormat kepada Yitzhak Rabin, bekas Menteri Pertahanan Israel (1984-1990) yang melaksanakan polisi ‘force, might and beating’ dalam cubaan membasmi gerakan Intifada Palestin yang pertama. Polisi ini telah menyebabkan beliau digelar ‘the bone breaker’.

Satu lagi badan Yahudi yang menerima sokongan McD ialah Illinois Holocaust Museum & Education Center***. Sokongan McD ini telah membolehkan CEOnya, Donald Thompson menerima anugerah semasa Humanitarian Award Dinner 2012 muzium tersebut. Tetapi ada satu hakikat yang tidak disebut oleh McD, dan tidak diwar-warkan kepada kita? Nantikan.

*https://www.juf.org/news/local.aspx?id=55446
**http://www.spertus.edu/about/history
***https://www.ilholocaustmuseum.org/pages/programs/events/humanitarian-awards-dinner/past-humanitarian-awards-dinners/

Khalid Jimat,
Pegawai Penyelidik,
Palestine Centre of Excellence (PACE).
 
Print

Menjawab Hujah McDonalds Malaysia | Bahagian 1

on .

Bahagian 2: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia | Sumbangan-sumbangan McD
Bahagian 3: Menjawab Hujah McDonalds Malaysia | McD Israel

Benar, McDonald's Corporation bukan milik mana-mana individu. Ia syarikat yang tersenarai di bursa saham dan boleh dianggap sebagai syarikat milik bersama semua pemegang-pemegang saham. Pengurusan McD juga bertukar-tukar biar pun pernah dipimpin oleh individu berbangsa Yahudi dan pro-Israel. Namun, ini bukan isunya.

Boikot ke atas McD tidak dijalankan kerana CEOnya adalah seorang berbangsa Yahudi dan pro-Israel. Biarpun ada sebahagian pihak memainkan isu ini, ia bukan hujah yang kuat dan bernas melainkan sekadar sentimen yang rasis. Hujah ini tidak wajar dipertahankan dan perlu ditolak.

Boikot tidak mengenal bangsa dan agama. Kalau seorang Arab atau Melayu sekalipun yang menyokong dan menyumbang kepada kezaliman Zionis Israel, ia juga akan diboikot.McD diboikot bukan kerana latarbelakang bangsa mahupun kecenderungan peribadi CEOnya tetapi kerana SYARIKAT itu secara konsisten menyumbang kepada kelestarian negara haram Israel.

Apakah bentuk-bentuk sumbangan tersebut? Apakah hubungan antara McDonalds Corporation - Jewish United Fund (JUF) - Israel? Adakah McDonalds hanya menyumbang kepada Jewish United Fund (JUF) sahaja? Nantikan.

Khalid Jimat,
Pegawai Penyelidik,
Palestine Centre of Excellence (PACE).
 
Print

Ulasan Mingguan PACE | 8 - 14 Mac 2016

on .

Minggu ini menyaksikan semakin meningkatnya serangan yang dilakukan oleh pejuang Intifada. Pada Rabu 9/3, tiga orang pejuang Intifada syahid dalam dua operasi serangan berasingan yang dilakukan oleh mereka. Kejadian pertama, dua pemuda Palestin Abdul Malik Soleh ( 19 thn ) dan Muhd Jamal al-Kaluty (21 thn) ditembak oleh tentera Zionis Israel ketika didalam kereta selepas melakukan operasi serangan pada penduduk Israel di penempatan lama di al-Quds yang menyebabkan seorang pelampau Israel cedera parah.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 22 - 29 Feb 2016

on .

Minggu ini menyaksikan operasi-operasi serangan yang dilakukan pejuang Intifada terus mengingkat di Tebing Barat. Pada petang Jumaat 26/2, seorang pemuda Palestin gugur syahid akibat ditembak di perbatasan Bait Eil kerana disyaki ingin menikam salah seorang tentera Israel yang berkawal di tempat berkenaan. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, pemuda tersebut adalah Mahmoud Muhammad Ali Sya’lan ( 17 thn ) berasal daripada perkampungan Dier Dabwan yang terletak di utara Ramallah. Dengan syahidnya Mahmoud Ali Sya’lan, jumlah syuhada Intifada Al-Quds kali ini meningkat kepada 185 orang, 40 daripadanya adalah kanak-kanak dan 7 lainnya adalah wanita. Pemimpin Gerakan Hamas di Tubas, Nadir Sowafithah menegaskan bahawa Intifada al-Quds berjaya menunjukkan rakyat Palestin mempunyai modal yang besar dalam melangsungkan perlawanan mereka dalam menghadapi penjajah Zionis. Nadir dalam keterangan medianya bersempena 150 hari Intifada menjelaskan bahawa , Intifada kali ini berjaya menunjukkan kelemahan penjajah Zionis dalam berhadapan dengan pelbagai operasi serangan yang dilakukan pemuda-pemudi Intifada dan telah berjaya mengemukakan isu Palestin diperingkat antarabangsa serta mengembalikan peranan Arab dan Islam ke tempatnya semula selepas membisu akibat tertipu dengan projek perdamaian dan kesepakatan yang sia-sia.

Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mish’al memuji kesabaran dan ketabahan wartawan Palestin Muhammad Al-Qeaq keranan berjaya mendesak kerajaan Zionis Israel mengakhiri tahanan ke atasnya selepas berjaya melakukan mogok lapar selama 94 hari berturut-turut. Mish’al dalam dialog perbualannya dengan Muhammad Al-Qeaq menegaskan bahawa perjuangan al-Qeaq merupakan fenomena bersejarah dalam perjuangan tawanan Palestin, serta menyifatkan kemenangan al-Qeaq merupakan kemenangan buat rakyat Palestin. Dalam mengakhiri ucapannya, Mish’al mengatakan bahawa perjuangan al-Qeaq telah mengangkat Intifada kepada satu tahap yang terpenting perjuangan rakyat Palestin dalam upayanya membebaskan diri dari penjajahan, sekaligus untuk mengembalikan tanah Al-Quds ke pangkuan rakyat Palestin.

Dalam pada itu, akhbar Zionis Yisrael Hume melaporkan bahawa kerajaan Amerika bersetuju dengan permintaan Israel untuk menambah pembiayaan ketenteraan Zionis Israel sebanyak 800 juta dollar Amerika dengan syarat Israel tidak menghadap kongres Amerika untuk meminta pertambahan ini. Amerika merupakan negara yang banyak memberi sumbangan ketenteraan kepada negara luar, terutamanya Israel dan lebih daripada 150 negara yang lain.

Perkembangan Di Gaza

Seorang penduduk Gaza tercedera akibat terkena tembakan daripada tentera Zionis Israel di timur Gaza pada Ahad 28/2. Menurut Markaz Informasi Palestin, tentera Zionis Israel melancarkan serangan tembakan ke arah kebun pertanian di timur penempatan Syuja’iyyah yang mengakibatkan seorang mangsa tercedera. Pihak berkuasa Palestin menganggap serangan tersebut merupakan satu pelanggaran terhadap perjanjian genjatan senjata yang dipersetujui selepas peperangan 2014 lalu.

Pada hari yang sama , tentera Zionis Israel telah melakukan satu latihan ketenteraan secara menyeluruh di bandar Ashkalon yg terletak di wilayah selatan Palestin terjajah 1948. Menurut akhbar Zionis Yediot Aharonot, latihan ini merupakan latihan yang telah dirancang dan akan berlangsung sehingga Khamis depan. Menurut akhbar Arab “Quds Press” latihan ini dilaksanakan selepas tersiarnya laporan yang mengatakan bahawa Gerakan Hamas terus melakukan operasi menggali terowong serta aduan daripada penduduk tempatan yang mendengar bunyi galian di bawah tanah di rumah-rumah mereka.

Teruskan bersama Palestine Centre of Excellence (PACE) untuk perkembangan terkini di Palestin.

‪#‎MyINTIFADA‬ ‪#‎IntifadaalQuds‬ ‪#‎Peace4Palestine‬ ‪#‎BoycottIsrael‬ ‪#‎Justice‬ ‪#‎Wake_up‬

Kredit foto: Al-Rimawi Photography & Mahmoud Abu Hamda

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud