Print

Perutusan Aidil Fitri 1437H Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

on .

Bersempena 1 Syawal yang berbahagia ini, saya mewakili barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE dan seluruh jentera pentadbiran, aktivis dan sukarelawan MyCARE di peringkat pusat, negeri dan daerah, dalam dan luar negara, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan takabalallahu minna waminkum kepada semua rakyat Malaysia yang telah berjaya melalui sebulan tarbiyah di bulan Ramadan. Sesungguhnya hari ini adalah hari kemenangan buat kita semua.

Print

Ulasan Mingguan PACE |17 Mei - 23 Mei 2016

on .

Pada Jumaat 20/5, tentera Zionis Israel menyerbu serta menyerang peserta-peserta yang berdemonstrasi secara aman di perbandaran Ni’lin yang terletak di Tebing Barat. Serangan tersebut telah mengakibatkan puluhan peserta demostrasi tercedera dan sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang dilempar oleh tentera Zionis Israel. Menurut saksi ditempat kejadian tentera Israel menyerang peserta sejurus selepas mereka menunaikan solat Jumaat dengan gas pemedih mata dan bom suara. Pada Ahad 22/5, kerajaan Zionis Israel terpaksa menutup terminal stesen keretapi dan bas di bandar al-Quds selepas menemui satu beg aneh yang ditinggalkan di tempat kejadian sementara pemuda-pemuda Intifada menyerang satu pangkalan tentera Zionis yang terletak di Tebing Barat dengan bom molotov.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 9 - 16 Mei 2016

on .

Minggu ini menyaksikan penentangan daripada pejuang Intifadah ditingkatkan. Pada petang Ahad 15/5 berpuluh-puluh pejuang Intifada tercedera dan mengalami sesak nafas apabila satu pertembungan dengan tentera Zionis meletus di pintu gerbang sebelah utara Kem al-Fawwar yang terletak di selatan Hebron. Pada pagi 16/5 tadi, seorang pendatang haram Zionis tercedera apabila ditikam oleh seorang pemuda Palestin berdekatan stesyen minyak di jalan Al-Anbi’a di kota al-Quds. Menurut jurucakap Polis Zionis Louba as-Samiri , pihak keselamatan terus bergegas ketempat kejadian dan kemudiannya menangkap pemuda tersebut serta menjalankan siasatan terhadapnya. Operasi tikam berkenaan merupakan rentetan daripada operasi yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Intifada yang meletus semenjak awal Oktober tahun 2015.

Print

27 Rejab | Mengingati Israk & Mikraj

on .

Israk dan Mikraj merupakan peristiwa yang sangat bermakna kepada umat Islam kerana melalui peristiwa inilah umat Muhammad SAW ditaklifkan dengan syariat solat, salah satu syiar terbesar dan rukun dalam Islam. Melalui peristiwa ini juga umat Islam diikat dengan Masjid al-Aqsa dan sejarah anbiya' yang panjang di bumi Palestin.

Jika kita meneliti sejarah nubuwwah, kita akan dapat melihat bagaimana umat Islam di Mekah mula menempa kejayaan demi kejayaan selepas peristiwa Israk dan Mikraj. Bermula dengan kunjungan warga Yathrib (Madinah) ke Mekah untuk mengikat janji setia dengan Rasulullah SAW melalui Perjanjian Aqabah I dan II, umat Islam kemudian berhijrah ke Madinah untuk mengasaskan sebuah empayar yang bertahan lebih 10 abad dan membawa rahmat ke seluruh alam. Dengan kata lain, keterikatan kita kepada Masjid al-Aqsa bakal membuka jalan kemenangan kepada umat Islam.

Print

Ulasan Mingguan PACE |12 Apr - 19 Apr 2016

on .

Minggu ini menyaksikan penentangan daripada pejuang intifadah semakin meningkat. Pada petang Isnin 18/4 , sebuah bas yang membawa pendatang Zionis meletup dan terbakar akibat daripada operasi serangan yang dilakukan oleh pejuang Intifada. Kejadian tersebut menyebabkan 21 orang pendatang Zionis tercedera apabila bas yang dinaiki mereka meledak dan terbakar. Menurut kenyataan ketua perbandaran Zionis, Neir Barakat berkata, ledakan yang terjadi diakibatkan oleh bom yang ditanam berdekatan bas berkenaan. Menurut sumber daripada polis Zionis pula, ledakan bom yang terjadi adalah akibat daripada operasi berani mati yang dilakukan oleh pejuang Intifada.

Print

Ulasan Mingguan PACE | 30 Mar - 4 Apr 2016

on .

Pada Ahad 3/4, satu pertempuran sengit berlaku antara pejuang-pejuang Intifada dan tentera Zionis Israel di perkampungan Eisawiyyah yang terletak di timur bandar al-Quds. Pertempuran tersebut menyebabkan 6 orang pejuang tercedera terkena tembakan dan puluhan yang lain sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata. Pada hari yang sama juga , tentera Israel telah menangkap seorang pemuda Palestin kerana disyaki ingin melakukan operasi tikam di Nablus. Sebelumnya, tentera Zionis telah menangkap seorang pemudi Palestin dari Kafer Qasim di dalam wilayah Palestin 1948 setelah berjaya menikam seorang tentera Israel di Tel Aviv yang menyebabkan kecederaan ringan. Menurut laporan Markaz Kajian Informasi Palestin, operasi-operasi serangan yang dilakukan oleh pejuang Intifada semenjak Oktober tahun lepas telah berhasil mengorbankan 34 orang pendatang Zionis dan mencederakan 450 pendatang yang lainnya.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud