Print

Hari Ini Dalam Sejarah | Tragedi Sabra & Shatila 1982

on .

Bagi rakyat Malaysia, tanggal 16 September adalah tarikh penting menandakan terbentuknya sebuah negara berdaulat bernama Malaysia dan terbebasnya wilayah Sabah dan Sarawak dari penguasaan penjajah. Namun, bagi rakyat Palestin, pada tarikh yang sama tahun 1982, satu peristiwa tragis telah menimpa mereka yang amat jelas menunjukkan PENGKHIANATAN dunia kepada rakyat Palestin.

*****
Mengalirnya darah insan tidak berdosa di Sabra dan Shatila

Sabra adalah nama sebuah penempatan rakyat Lebanon di bahagian selatan Beirut Barat manakala Shatila pula adalah pusat perlindungan untuk pelarian Palestin sejak 1949 lagi. Menjelang 1949 sahaja, sudah ada lebih 100 000 pelarian Palestin yang berada di Lebanon termasuk Shatila dan bilangannya terus bertambah sehingga sekarang. Sabra dan Shatila adalah berhampiran dan interaksi yang berlaku antara penduduk Lebanon di Sabra dan pelarian Palestin di Shatila menyebabkan kejiranan itu secara tidak rasmi dikenali sebagai ‘Kem Sabra dan Shatila’.

Print

Perutusan Aidil Adha 1438H

on .

PEMBELAAN UMAT SEJAGAT MENUNTUT PENGORBANAN
10 Zulhijjah 1438H bersamaan 1 September 2017

Aidil Adha merupakan salah satu daripada dua hari kebesaran umat Islam. Ia merupakan hari umat Islam memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim as. sekeluarga dalam mentaati perintah Allah SWT. Pada hari ini, umat Islam disyariatkan untuk memperingati pengorbanan ini melalui beberapa rukun dalam ibadah haji, melaksanakan ibadah korban dan menyedekahkan dagingnya kepada fakir dan miskin, menunaikan solat sunat Aidil Adha dan memperbanyakkan tasbih, tahmid dan takbir.

Terkandung dalam semangat Aidil Adha juga adalah tuntutan untuk kita menyemak dan menilai sejauh mana kita telah berusaha melaksanakan tuntutan agama yang telah diamanahkan kepada kita. Ia ibarat satu proses audit tahunan sebelum kita bergerak ke tahun yang baru. Hasil audit ini nanti akan dapat membantu kita untuk memperbaiki kelemahan dan membetulan kesilapan yang telah kita dilakukan agar umat Islam dapat terus maju ke hadapan.

Print

Ringkasan Kenyataan Politik Hamas pada 5 Julai 2017

on .

 

Haniyeh: Dokumen kenyataan Hamas mengesahkan kesediaan Gerakan itu untuk bekerja dengan semua orang dalam satu strategi yang jelas dalam skop politik dan penentangan.

Haniyeh: Dokumen politik Hamas ini menunjukkan keupayaan pergerakan itu untuk menyelaraskan antara prinsip tetap (thawabit) dan perubahan (mutaghyyirat) mencerminkan kecergasan pergerakan tersebut.

Print

Hari Ini Dalam Sejarah | 5 – 10 Jun 1967: Memperingati Hari An-Naksah

on .

Hari Ini Dalam Sejarah | 5 – 10 Jun 1967 | Memperingati Hari An-Naksah

Bagi umat Islam, khususnya tarikh 5 hingga 10 Jun 1967 menandakan tahap yang paling rendah dalam sejarah kerana Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis kembali terjajah setelah ia dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi kira-kira 1,000 tahun yang silam.

 

Sembilan belas tahun selepas peristiwa Nakbah, rakyat Palestin melalui satu lagi peristiwa pahit yang dikenali sebagai an-Naksah atau ‘hari kekalahan’.

Print

Hari Ini Dalam Sejarah | 31 Mei 2010: Tragedi Mavi Marmara

on .

 

 

 

 

Masihkah anda ingat kepada tragedi Mavi Marmara; tragedi serangan rejim Zionis Israel ke atas flotila 7 buah kapal yang sedang belayar menuju ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan?

Flotila yang disertai hampir 700 aktivis antarabangsa dari lebih 50 negara ini merupakan sebahagian daripada usaha rakyat antarabangsa membantah sekatan kejam Israel ke atas Gaza yang semakin menderita selepas serangan tentera Israel pada Disember 2009 - Januari 2010 (Operation Cast Lead). 2 wakil Aqsa Syarif turut terlibat dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Print

Hari Ini Dalam Sejarah | 15 Mei 1948: An-Nakbah - Malapetaka Besar

on .

“Sebuah masyarakat yang telah menetap lebih 1,000 tahun di situ telah dimusnahkan, dihalau, dan dipaksa merempat di serata Timur Tengah. Rakyat Palestin lari atas sebab yang sama semua pelarian perang lari – untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi anak-anak mereka, juga kerana di sesetengah tempat Israel melakukan jenayah penghapusan etnik.” – Jeremy Bowen, Six Days

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud