Print

Sejauh manakah kebenaran dakwaan bahawa tanah Palestin sebenarnya milik Yahudi?

on .

“Ini adalah tanah yang dijanjikan Tuhan untuk Yahudi.”

“We have the right to occupy this land because the Bible said that.”

Inilah kata-kata penjajah negara Palestin. Mereka menganggap penjajahan dan pembunuhan rakyat Palestin ini adalah satu perkara mulia yang diterima dalam agama mereka.

Mengapa?

Yahudi tidak kiralah daripada kalangan ahli politik atau rakyat biasa, mereka dengan tidak malunya tidak habis-habis mendakwa bahawa tanah Palestin hari ini adalah tanah yang dijanjikan Tuhan untuk mereka.

Sejauh manakah kebenaran ini? Adakah mereka benar percaya akan perkara ini?

Yahudi yang beriman dengan ideologi Zionisma berpegang pada tiga perkara:

1) Umat Yahudi adalah umat yang dipilih oleh Allah; Umat Yahudi adalah umat yang termulia.

2) Yahudi dijanjikan oleh Tuhan Tanah Suci di Palestin, dan perjanjian inilah yang telah ditunaikan sejak zaman Nabi Ibrahim AS, dan ia bersifat selama-lamanya, sehinggalah tibanya hari akhirat.

3) Umat Yahudi mengimani bahawa suatu hari Nabi Isa AS akan kembali di negara mereka(Negara Israel); ketika mana semua Yahudi telah berkumpul di Palestin.

Dengan tiga perkara ini, terdapat beberapa petanda yang menjadi penguat kepada pegangan mereka. Berikut ialah petanda-petanda tersebut:

1) Tertubuhnya negara Israel. Benar, negara Israel telah ditubuhkan pada tahun 1948.

2) Penjajahan Al Quds. Benar, Al Quds telah dijajah pada tahun 1967.

3) Pembinaan semula kuil Yahudi (nama kuil; Haikal Sulaiman), dan runtuhnya Masjid Al Aqsa. Perkara ini belum berlaku, tetapi terdapat petanda-petanda yang menyatakan ianya sudah dekat. Seperti mana yang telah diketahui umum, sejak dahulu sampailah ke hari ini, Yahudi telah pun melakukan pelbagai perkara untuk melemahkan keutuhan bangunan masjid Al Aqsa, antara yang dilakukan ialah menggali lubang-lubang terowong di masjid Al Aqsa. Lubang-lubang terowong tersebut akan menyebabkan bangunan masjid Al Aqsa runtuh bila-bila masa sahaja. Allah SWT sahaja yang tahu bila masjid Al Aqsa akan runtuh.

Perkara yang paling penting ialah, dalam kitab suci mereka, mereka mengatakan mereka ialah ‘Bani Israel’ yang merupakan anak cucu Nabi Ya’qub(Nabi Ya’qub adalah anak kepada Nabi Ibrahim), merekalah yang sepatutnya memiliki tanah Palestin kerana inilah ‘akidah’ suci yang mereka percayai.

Dalam hal ini, kita tanyakan kepada mereka beberapa persoalan.

1) Bukankah yang dikatakan anak-anak Nabi Ibrahim yang layak mendapat kelebihan dan janji Allah itu ialah anak-anak Nabi Ibrahim yang benar-benar mengikuti ajaran yang dibawakan oleh Baginda? Bukankah Nabi Ibrahim memerintahkan umatnya agar beriman kepada Allah dan meninggalkan sembahan berhala? Bukankah Nabi Ibrahim memerintahkan meninggalkan kezaliman dan menegakkan keadilan?

Adakah Yahudi hari ini layak mendapat janji Allah hanya kerana mereka anak cucu nabi Ibrahim? Sudah tentu tidak! Mereka telah meninggalkan agama mereka yang sebenar. Mereka tidak menyembah Allah, mereka mengubah isi kandungan asal yang tertulis dalam kitab-kitab suci mereka, mereka melakukan kezaliman dan pelbagai lagi dosa.

2) Nabi Ismail juga merupakan salah seorang daripada anak-anak Nabi Ibrahim. Mengapakah janji Allah ini hanya kepada anak Nabi Ya’qub, iaitu ‘Bani Israel’ seperti mana yang dikatakan Yahudi? Yahudi mengatakan bahawa Hajar iaitu ibu Nabi Ismail adalah hamba wanita manakala Sarah iaitu ibu Ya’qub adalah wanita bebas. Tetapi, jika pun begitu, kedua-dua Nabi ini adalah berasal daripada Nabi Ibrahim dan kedua-duanya merupakan Nabi Allah yang dipilih. Sesungguh sehingga ke hari ini, Yahudi masih belum mendapat jawapan untuk jawap menjawap semua persoalan ini.

3) Sesungguhnya Tuhan maha Adil, bagaimana, Tuhan boleh berikan suatu nikmat kepada kaum yang telah menjajah dan mengambil tanah milik orang lain? Datangnya Yahudi hari ini ke negara Palestin, daripada pelbagai negara, dengan cara yang haram dan mencabul hak-hak penduduk asal di Palestin. Adakah ini yang dinamakan janji Tuhan kepada hamba-hambanya yang dikasihi? Adakah Tuhan yang mereka percaya itu pencuri atau perompak seperti mereka? Sudah tentu tidak.

4) Adakah pemilikan negara Palestin seperti dipercai dalam Kitab Suci Yahudi adalah suatu perkara yang terikat dengan syarat-syarat tertentu atau tidak? Jawapannya Ya. Dalam ‘Kitab Suci’ mereka sendiri mengatakan mereka wajib menunaikan perintah Tuhan dan meninggalkan larangannya. Kemudian, mereka baru layak menerima bantuan daripada Allah dan mendapat janji Allah. Tetapi realiti hari ini, Yahudi sendiri yang perpegang dengan ideologi Zionisma tidak mengikuti apa yang terkandung dalam kitab suci mereka, tetapi mereka masih mendakwa mereka kaum yang dipilih Tuhan.

Semua kepercayaan Yahudi adalah mengarut dan tiada asasnya.

Baik.

Persoalan sekarang terhadap umat Islam hari, adakah Umat Islam telah tunaikan sepenuhnya perintah Allah S.W.T dan Rasul S.A.W untuk bebaskan Masjid Al-Aqsa seperti yang dilakukan oleh panglima perang, Abu Ubaidah Al-Jarrah di bawah pemerintahan Umar Al-Khattab dan juga Solahhudin Al-Ayubi? Masjid Al Aqsa dan Palestin tidak akan dibebaskan kecuali oleh orang-orang yang beriman seperti mereka.

Wa Allah A’lam.

Megat Aiman Hakim
Sumber: القدس قضية كل مسلم

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud