Print

Sejarah hitam Palestin

on .


29 November 1947 adalah merupakan satu sejarah hitam buat Palestin secara khususnya dan umat Islam secara umumnya.

Pada tarikh ini, selepas lebih 23 tahun kerajaan Turki Uthmaniyyah dijatuhkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu telah membuat satu keputusan berat sebelah berkaitan kondisi negara Palestin-Yahudi dengan memuktamadkan Resolusi (2) 181 PBB sebagai usaha dalam menangani masalah-masalah yang terdapat di wilayah tersebut.

Selepas kejatuhan Turki Uthmaniyyah, wilayah Palestin diambil alih oleh Kerajaan Inggeris. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku berbagai usaha untuk membawa masuk bangsa yahudi secara beramai-ramai ke dalam wilayah Palestin.

Apabila keadaan menjadi semakin tidak terkawal, Kerajaan Inggeris telah membawa perkara tersebut ke perhimpunan PBB dan terbentuklah satu badan iaitu UNSCOP atau UN Special Committee on Palestine bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah berkaitan migrasi bangsa Yahudi ke wilayah Palestin secara besar-besaran ini.

Penubuhan UNSCOP ini dibantah oleh negara-negara Arab lain kerana PBB tidak pernah membincangkan hak-hak kemerdekaan Palestin melainkan dengan tertubuhnya negara baru untuk bangsa Yahudi.

Penubuhan negara Israel seolah-olah menghalalkan apa yang dilakukan oleh bangsa Yahudi. Dengan tertubuhnya badan ini, maka terjadilah sejarah hitam wilayah Palestin dan umat Islam di seluruh dunia dengan tertubuhnya negara haram Israel di tempat suci ketiga dalam Islam beberapa bulan kemudian melalui Resousi (2) 181 PBB.

Antara intipati resolusi tersebut adalah:

1. Tanah Palestin di bahagikan kepada 3 wilayah.

44 peratus untuk penduduk asal Palestin. 56 peratus untuk bangsa yahudi yang kemudiannya menjadi negara haram Israel.

2. Jerusalam dijadikan sebagai wilayah antarabangsa.

Resolusi ini diterima dengan majoriti undian iaitu sebanyak 33 yang bersetuju, 13 menolak dan 10 tidak mengundi.

Bagaimanapun, terdapat satu konspirasi mengatakan bahawa Amerika yang ketika itu adalah merupakan kuasa negara besar dunia telah mengugut negara-negara lain untuk bersetuju dengan resolusi tersebut. Hasil daripada resolusi ini, bermulalah pembersihan besar-besaran oleh rejim Zionis terhadap bangsa Arab Palestin yang berada dalam wilayah haram mereka. Rumah-rumah diruntuhkan, kebun-kebun dibakar, penduduk-penduduk asal dihalau dan bermacam-macam kerosakan dilakukan.

Menjelang 14 Mei 1948, hampir 80% penduduk asal Palestin yang tinggal di dalam wilayah haram Israel diusir dan dinafikan hak-hak mereka. Ini menimbulkan kemarahan bangsa-bangsa Arab yang lain dan tercetuslah siri peperangan Arab-Israel 1948.

Resolusi (2) 181 PBB ini adalah penyebab besar kepada penubuhan negara haram Israel pada tanggal 15 Mei 1948 dan wilayah haram tersebut semakin membesar sehingga mencakupi hampir keseluruhan wilayah asal Palestin.

Walaupun begitu, rejim Zionis ini tidak pernah berpuas hati dan harini ini, mereka dengan sewenang-wenangnya menguasai wilayah Jerusalam dan Masjid Al-Aqsa secara khususnya serta menghalang umat Islam daripada menunaikan solat di sana. Bahkan usaha untuk merobohkan Masjid ketiga suci umat Islam itu semakin giat dilakanakan.

Hari ini, isu Palestin tidak lagi menjadi isu umat Islam sahaja tetapi ia menjadi isu kemanusiaan seluruh dunia.

Rujukan

1. UN General Assembly Report
https://unispal.un.org/DPA/DPR/unispal.nsf/0/7F0AF2BD897689B785256C330061D253?fbclid=IwAR3u2BLpeIcwnCxbh8KAzJk53tKL4zK7ZhXabArhi7tmpvGcUvxHbmF9e70

2. Dr. Dina Y. Sulaeman, Palestina Adalah Kita
http://ic-mes.org/wp-content/uploads/2017/08/PALESTINA-ADALAH-KITA.pdf?fbclid=IwAR2J4kHJ1pFuw1B6UKZl898l3NJhv70l5p9rMGXhGv9dO0hOT_OFbRN2NxY

3. Aldis Pristi widari, 0912011291 (2014) PERANAN PBB DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PEMUKIMAN ILEGAL ISRAEL DI WILAYAH PALESTINA. Fakultas Hukum, Universitas Lampung.

4. Britanicca Article: United Nation Resolution 181
https://www.britannica.com/topic/United-Nations-Resolution-181?fbclid=IwAR3gJiE_n9CTn0K4yi-4dpdQURXe187SzZTlH_HkDKqVJ6QlFfbpnNeko0M

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud