Print

Oslo Accord - Satu perjanjian yang merugikan ummah

on .

Tanggal 13 September 1993 merupakan satu titik hitam bila mana ummah menyaksikan termetrainya satu perjanjian yang merugikan ummah.

PLO (Palestine Liberation Organization) yang selama ini dianggap sebagai harapan rakyat Palestin, telah berpaling dari perjuangannya apabila dalam perjanjian itu secara terang:

1) Mengiktiraf Israel

Persetujuan ini bermakna PLO menggugurkan tuntutan ke atas 78% wilayah Palestin yang diduduki oleh Israel selepas persetujuan ‘Rhodes Armistice’ pada tahun 1949.

2) Berikrar untuk terus menentang keganasan (suatu mesej yang bermaksud akan membantu Israel dalam usaha menjatuhkan HAMAS)

Perjanjian OSLO dirujuk sebagai Declaration of Principles on interim Self-Government Arrangements (Deklarasi Prinsip-prinsip ke atas Persediaan Pemerintahan Sendiri Peralihan) atau ringkasnya Declaration of Principles atau DOP (Deklarasi Prinsip-prinsip).

Perjanjian Oslo merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan perdamaian di antara pihak Palestin dan rejim Zionis. Ia kononnya merupakan sebahagian daripada komitmen Zionis ke atas kedamaian di rantau tersebut. Ia juga kononnya jalan untuk memberikan hak kepada rakyat Palestin. Ia merupakan perjanjian pertama di antara Palestin-Israel.

Perjanjian tersebut dibuat di OSLO, Norway pada 20 Ogos 1993 dan ditandatangani secara rasmi dalam satu majlis umum di Washington D.C. pada 13 September 1993.

Di antara tokoh besar yang terlibat dengan perjanjian tersebut ialah Yasser Arafat (Pengerusi PLO), Mahmoud Abbas, Bill Clinton, Shimon Peres, Yitzhak Rabin, Warren Christopher dan Andrei Kozyrev.

Perjanjian Oslo terlaksana apabila Mahmoud Abbas menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak PLO dan Shimon Peres (menteri luar Israel) bagi pihak Israel. Ia disaksikan oleh Warren Christopher dari Amerika Syarikat dan Andrei Kozyrev dari Rusia, dihadiri Bill Clinton (Presiden Amerika Syarikat), Yasser Arafat dan Yitzhak Rabin (Perdana Menteri Israel ketika itu).

Perjanjian Oslo tidak terus berlaku dengan tiba-tiba, akan tetapi ia terlaksana kesan dari pertemuan-pertemuan sulit di antara pemimpin PLO dan rejim Zionis terlebih dahulu.

Menurut Dr. Muhsen Salleh dalam bukunya yang berjudul Masyari' al-Taswiyah al-Silmiyah li al-Qadiyah al-FiIistiniyah (1937-2001) mendedahkan rahsia Perjanjian Oslo 1993. Di antaranya ialah usaha untuk merealisasikan Perjanjian Oslo dilakukan sejak tahun 1990 lagi. Manakala Perdamaian Madrid pada 1991 merupakan sebahagian dari usaha untuk merealisasikan Perjanjian Oslo.

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud