Print

SIRI AL-AQSA | Pengyahudian Al-Aqsa? (Bahagian 6)

on .

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 1: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 2: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 3: AL-QUDS REBUTAN 3 AGAMA?
BAHAGIAN 4: SAAT AL-AQSA JATUH KE TANGAN ZIONIS ISRAEL
BAHAGIAN 5: 21 OGOS - HARI AL-QUDS SEDUNIA

---

Pengyahudian Al-Aqsa

Istilah Pengyahudian atau Yahudinisasi merujuk kepada proses dan dasar penjajah Zionis terhadap Masjid al-Aqsa bagi merubah persekitaran keagamaan dan kebudayaan serta penduduk dari Arab Islam kepada bandar Yahudi ala Barat. Ianya berputar pada tiga aspek iaitu manusia, tanah dan tempat-tempat suci.

Percubaan membakar dan meletupkan Al-Aqsa

Sejarah telah mencatat sebilangan percubaan untuk membakar dan meletupkan Masjid al-Aqsa bermula dari 1969 sehingga yang terakhir pada 2015.

Menguasai sebahagian lokasi di Masjid Al-Aqsa

Kubah al-Janbalatiyah di perkarangan kubah as-Sakhrah ditukar sebagai balai polis Israel did dalam Masjid al-Aqsa, serta pintu al-Magharibah yang yang dirampas kuncinya semenjak 1967 oleh tentera Israel. Kini ia menjadi tempat masuk bagi operasi-operasi pencerobohan yang sering dilakukan oleh orang Yahudi terutama sekali pada perayaan perayaan mereka.

Galian di bawah Al-Aqsa

Israel telah melakukan sekitar 63 galian di bawah dan keliling Masjid al-Aqsa bagi tujuan arkeologi untuk mencari kesan sejarah dari kuil ‘Haykal’ mereka. Akibatnya ia menjejas keutuhan bangunan masjid serta menghapuskan kesan peninggalan sejarah Muslim.

Larangan melakukan pembaikan dan pemulihan di dalam Al-Aqsa

Para murabiteen dan murabitaat berusaha untuk memulihkan dan memelihara reka bentuk dan mengekalkan keadaan secara sembunyi namun diugut dengan penangkapan serta dakwaan oleh pihak penjajah. Menurut laporan, bilangan projek pemulihan yang tergendala setakat 2016 berjumlah 40 projek.

Pengepungan Al-Aqsa

Kuil-kuil Yahudi yang berjumlah sekitar 102 buah, mengelilingi Kota Lama yang mengandungi Masjid al-Aqsa. Pertubuhan Yahudi amat menggalakkan yahudi seluruh dunia untuk menziarahi kuil-kuil ini agar mereka terikat kepadanya serta mendirikan taman-taman Taurat sekitar Al-Aqsa, menggantikan kesan sejarah Islam.

Pelbagai jenis halangan dan sekatan terhadap orang Islam

Pada akhir 2015,Murabiteen di Masjid al-Aqsa digelar sebagai organisasi pengganas oleh Menteri Pertahanan Israel manakala konvoi Syaddu al-Rihal (bas-bas yang membawa para Jemaah solat ke Al-Aqsa dari keliling Palestin) dihalang dan juga dirampas dari meneruskan perjalanan ke Masjid al-Aqsa. Selain itu terdapat had umur iaitu mereka yang berumur 50 tahun ke atas hanya boleh memasuki Masjid al-Aqsa.

Pembahagian masa dan tempat ke atas Al-Aqsa

Ini antara dasar yang paling merbahaya yang menjurus kepada Yahudisasi Masjid al-Aqsa iaitu menetapkan masa 0730 pagi hingga 1100 pagi serta dari jam 1330 hingga 1500 petang, sambil menghalang keberadaan orang Islam di dalam masjid tersebut.

Murabiteen: Sekumpulan lelaki dan wanita daripada Al-Quds dan sekitarnya yang mengabdikan masa dan kehidupan mereka kepada Al-Aqsa. Mereka berada di sana pada setiap masa agar mereka dapat secara aman menghalang Al-Aqsa daripada pembahagian berdasarkan waktu dan ruang serta menghalang penjajah radikal daripada merampas tempat suci tersebut

Ingin menyumbang membantu Murabitoun dan Murabitat di Masjid Al-Aqsa? Derma secara online di sini: www.billplz.com/savealaqsa

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud