Print

SIRI AL-AQSA | An Naksah : Saat Al-Aqsa jatuh ke tangan Zionis Israel (Bahagian 4)

on .

 

 

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 1: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 2: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 3: AL-QUDS REBUTAN 3 AGAMA?

---

An Naksah bermaksud kemunduran atau pengulangan, yang merujuk kepada kejadian semula Nakba - pengusiran rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka. 1967, pengusiran besar-besaran para penduduk Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis dan juga Gaza yang merupakan antara cebisan tanah yang terakhir dimiliki negara Palestin, sebelum ianya semua ditawan oleh rejim Zionis Israel dalam masa 6 hari. Tarikh ini dalam sejarah menandakan permulaan jajahan Israel terhadap Palestin yang telah berjaya menawan semua kota-kota dan bandar-bandar Palestin. 5 Fakta-fakta tentang An Naksah

1) Pembuangan dan pengusiran penduduk : Kejadian An Naksah ini telah merubah landskap Palestin dan negara-negara sekitarannya. Menjelang terjadinya malapetaka ini, Palestin yang terdiri dari kawasan Tebing Barat, Gaza dan Timur Baitulmaqdis diduduki sekitar 1.4 juta penduduk. Namun kesudahan perang ini mengakibatkan lebih dari sepertiga rakyat diusir dan lebih dari separuh jumlah keseluruhan rakyat Palestin hidup dalam pelarian.

2) Pembersihan etnik : June 1967 berakhir dengan 400,000 rakyat Palestin diusir dari tanah air mereka dengan cara-cara pengusiran begitu kejam - serangan terhadap para penduduk, pembunuhan beramai-ramai, kemusnahan harta benda serta penjarahan hak milik orang-orang Palestin.

3) Kemusnahan menyeluruh : Rakyat Palestin juga dibelenggu dengan kemusnahan yag amat dahsyat. 7 perkampungan di kawasan Tebing Barat serta beberapa kem pelarian di kawasan Jericho, separuh dari Kota Qalqilya, pertempatan Maghribi di Kota lama Baitulmaqdis dan beberapa buah perkampungan sekitar bahagian barat Baitulmaqdis seperti Imwas,Yalu, Beit Nuba dan juga Beit Marsam, Beit Awa, Jiftlik, dan al-Burj.

4) Penglucutan kerakyatan dan perampasan tanah : Sekitar 500,000 rakyat yang ketika peperangan berada di luar negara serta pelarian telah terkecuali dalam banci yang dilakukan rejim Zionis membuatkan mereka tidak lagi dianggap rakyat Palestin yang sah. Mereka juga telah mengenakan undang-undang negara terhadap kawasan jajahan menyebabkan ramai rakyat Palestin hilang hak mereka kepada tanah dan harta benda membuatkan nisbah pemilik tanah dikalangan rakyat Palestin turn sebanyak 15%.

5) Hal ehwal Al-Aqsa

= Jeneral Mordechai Gur bersama para pejuangnya menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dan mengangkat bendera Israel di atas Qubbah As-sakhrah.Selain itu mereka membakar mushaf-mushaf Al-Quran, melarang kaum muslim dari menunaikan solat, merampas kunci-kunci pintu masjid dan menutupnya selama seminggu untuk menghalang dari kedengaran laungan azan serta terdirinya solat di dalam masjid.

= Setelah tamatnya peperangan kunci-kunci telah dkembalikan kecuali kunci pintu magharibah bagi memudahkan Yahudi Zionis untuk memasuki Al-Aqsa tanpa kebenaran Pejabat Waqaf. Selain itu dinding Buraq telah dikuasai dan dijadikan tempat suci Yahudi(Tembok Ratapan) dimana kaum muslim dilarang memasukinya.

= Pendeta Kanan bagi tentera Israel, Shlomo Goren dan 50 dari pengikutnya dengan lancang melaksanakan ibadat mereka di dalam halaman Al-Aqsa.

Ingin menyumbang membantu Murabitoun dan Murabitat di Masjid Al-Aqsa? Derma secara online di sini: www.billplz.com/savealaqsa

 

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud