Print

SIRI AL-AQSA | Kenali Masjid Al-Aqsa (Bahagian 2)

on .

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 1: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 3: AL-QUDS REBUTAN 3 AGAMA?
BAHAGIAN 4: SAAT AL-AQSA JATUH KE TANGAN ZIONIS ISRAEL

---

8. Perjanjian Umar
Perjanjian yang ditulis oleh Khalifah Umar kepada penduduk al-Quds ketika membebaskan kota itu. Antara isinya adalah usaha pengurusan masjid tersebut yang pad ketika itu tidak terurus. Pembersihan ini menandakan kemuliaan tempat yang menjadi kiblat pertama umat Islam.


9. Masjid al-Qibli (batas paling selatan al-Aqsa)
Setelah pembebasan Masjid al-Aqsa, tejadinya perbezaan pendapat di kalangan para sahabat tentang arah kedudukan tempat solat, sama ada di belakang as-sakhrah atau mengahadap kiblat masjid (selatan)? Ka’ab al-Ahbar seorang ahlul kitab yang memeluk Islam telah mengusulkan kedudukan Imam di belakang as-sakhrah agar dapat menyatukan kiblat Yahudi dan Islam, namun pendapat tersebut ditentang oleh khalifah Umar yang menyatakan bahawa Ka’ab masih terpengaruh dengan unsur-unsur Yahudi. Akhirnya Umar memerintahkan kedudukan dijadikan tetap berada di hujung selatan iaitu arab kiblat, yang sekarang disebut dengan Masjid al-Qibli yang juga menandakan Batasan Masjid al-Aqsa yang paling selatan.

10. Kedudukan Masjid al-Aqsa menghadap kiblat (tenggara)
Kedudukan geografi bangunan Masjid al-Aqsa yang menjurus kea rah kiblat di bahagian tenggara. Secara semula jadi kedudukan ini sudah terjadi semenjak awal penbinaannya lagi dan dibuktikan juga secara saintifik.

11. Tempat pertemuan tiga benua
Terdapat bukti-bukti sejarah serta peta kuno yang menjelaskan bahawa al-Quds berada di tempat pertemuan tiga benua kuno, Asia-Eropah-Afrika.

12. Bentuk kawasan Masjid al-Aqsa secara keseluruhan
Bentuk kawasan Masjid al-Aqsa menyerupai bentuk Ka’abah ketika didirikan pada masa Nabi Ibrahim AS. Salah seornag peneliti Palestin, Dr. Haitham ar-Ratrut menyatakan yang persamaannya adalah pada bentuk dan sudut kedua bangunan dan bukan pad panjang lebarnya.

13. Definisi Masjid al-Aqsa menurut Imam Ibnu Taimiyah
Imam Ibnu Taimiyah mentakrifkan Masjid al-Aqsa sebagai keseluruhan tempat sembahyang di kawasan berpagar.

14. Tempat-tempat bersejarah
Kawasan Masjid al-Aqsa penuh tempat-tempat bersejarah antaranya sudut Imam al-Ghazali yang berada di atas pintu ar-Rahmah.

Ingin menyumbang membantu Murabitoun dan Murabitat di Masjid Al-Aqsa? Derma secara online di sini: www.billplz.com/savealaqsa

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud