Print

SIRI AL-AQSA | Kenali Masjid Al-Aqsa (Bahagian 1)

on .

 

SIRI AL-AQSA

BAHAGIAN 2: KENALI MASJID AL-AQSA
BAHAGIAN 3: AL-QUDS REBUTAN 3 AGAMA?
BAHAGIAN 4: SAAT AL-AQSA JATUH KE TANGAN ZIONIS ISRAEL
BAHAGIAN 5: 21 OGOS - HARI AL-QUDS SEDUNIA
BAHAGIAN 6: PENGYAHUDIAN AL-AQSA?

---

Jika kita sayang pada seseorang maka kita akan cuba mengenali hati budi, perwatakan dan ciri-ciri individu tersebut sebaik mungkin begitu juga jika kita menyayangi Masjid Al-Aqsa maka kita kena mengenali Masjid ketiga yang dimuliakan dalam Islam ini.

Untuk mengetahui apa itu sebenarnya Masjid al-Aqsa terdapat beberapa tanda dan ciri-ciri berdasarkan mercu tanda, sejarah, keadaan geografi dan kata-kata para ulama tentang Masjid al-Aqsa. Berikut adalah rumusannya :

1. Adanya pagar yang mengelilingi kawasan masjid
Pagar inilah yang menandakan batasan masjid. Tanah yang diatasnya merupakan tapak Masjid al-Aqsa yang dulunya merupakan tanah kosong yang mendatar tinggi sebelum ia diratakan.

2. Masjid al-Aqsa mempunyai 15 pintu
Di antara 15 pintu, 10 pintu masih terbuka manakala 5 yang lainnya ditutup ejak zaman Salahuddin al-Ayyubi (setelah pembebasan Masjid al-Aqsa). Penutupan pintu masjid untuk menjaga keamanan dari serangan luar. Pintu-pintu yang terbuka berada di pagar masjid sebelah utara dan barat, sedangkan pintu-pintu yang ditutup berada di pagar sebelah timur dan selatan.

3. Terdapat beberapa Menara masjid di berbagai sudut
Menara merupakan bagian tidak terpisahkan dari masjid yang digunakan untuk mengumandangakan azan dan Masjid al-Aqsa mempunyai 4 buah.

4. Terdapat 15 kubah di kawasan masjid
Kelima belas kubah kubah ini dibangun berdasarkan zaman pemerintahan Islam yang berkuasa ketika itu bermula dari pemerintahan Bani Umayyah, Ayyubiyyah, Mameluk dan terakhirnya zaman Ustmaniyah. Tiap-tiap pemerintahan mempunyai ciri-ciri reka bentuk dan pembinaan khasnya.

5. Terdapat banyak sekali masthabah (halaman untuk belajar dan menimba ilmu) di dalam kawasan masjid
Masthabah ini merupakan laman di kawasan masjid yang digunakan untuk mentelaah dan mepelajari pelbagai ilmu.

6. Pintu al-Magharibah
Rasulullah SAW ketika perjalanan menuju ke langit (Isra’), berhenti di Masjid al-Aqsa lalu mengikat buraqnya pada dinding yang sekarang dikenali sebagai dinding buraq sebelum memasuki Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Magharibah.

7. As-Sakhrah al-Musyarrafah
Tempat ini menjadi kiblat apabila Nabi Muhammad SAW mengimamkan para nabi dan rasul yang terletak di jantung kawasan Masjid al-Aqsa.

Ingin menyumbang membantu Murabitoun dan Murabitat di Masjid Al-Aqsa? Derma secara online di sini: www.billplz.com/savealaqsa

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud