Print

Ringkasan Kenyataan Politik Hamas pada 5 Julai 2017

on .

 

Haniyeh: Dokumen kenyataan Hamas mengesahkan kesediaan Gerakan itu untuk bekerja dengan semua orang dalam satu strategi yang jelas dalam skop politik dan penentangan.

Haniyeh: Dokumen politik Hamas ini menunjukkan keupayaan pergerakan itu untuk menyelaraskan antara prinsip tetap (thawabit) dan perubahan (mutaghyyirat) mencerminkan kecergasan pergerakan tersebut.

Haniyeh: Di sana masih terdapat mereka yang ingin meneruskan agenda memecah-belah dalam barisan kelompok Palestin dan rantau Arab.

Haniyeh: Kami mengecam kerjasama keselamatan di Tebing Barat antara (PA dan Israel) serta menuntut untuk menghentikannya dengan serta-merta.

Haniyeh: Hamas akan memastikan pihak musuh membayar harga yang tinggi bagi penjajahan di Tebing Barat.

Haniyeh: Tebing Barat akan kekal menjadi fokus penentangan dan tiada siapa yang dapat menghentikannya.

Haniyeh: Saya menghargai serta menjunjung As- syahid Muhammad Az-Zawari wira Tunisia yang menyertai Brigade Al-Qassam dengan penuh keimanan dan kesedaran dalam projek penentangan ini.

Haniyeh: Tawaran Pendamaian Al-Qarn (antara Trump, Mahmud Abbas dan lain-lain) merupakan satu tawaran yang gagal dan kami akan berdiri menentang tawaran tersebut.

Haniyeh: Tiada alternatif lain kepada Palestin kecuali bumi Palestin, kami tidak akan menerima tanah air selain daripadanya.

Haniyeh: Hak untuk kembali ke tanah air yang dirampas merupakan hak yang suci serta sesekali tidak akan tergugur dengan lamanya isu tersebut, serta tiada pihak didunia ini yang berhak menggugurkannya.

Haniyeh: Walaupun ditelan zaman, isu serta hak untuk kembali tidak akan dilupakan.

Haniyeh: Kami menolak rampasan dibahagian dinding Buraq oleh Zionis serta kami sesekali tidak akan mengabaikannya.

Haniyeh: Apa-apa penyelesaian atau persepakatan bersama yang bertentangan dengan hak rakyat (Palestin) dalam kebebasannya tidak akan berjaya.

Haniyeh: Rakyat Palestin telah berhadapan dengan Deklarasi Balfour selama 100 tahun, mereka juga mengharungi percubaan-percubaan pengyahudian serta usaha melenyapkan identiti.

Haniyeh: Percubaan Israel untuk menetapkan apa-apa arahan pada Masjid Al-Aqsa tidak akan berjaya dalam objektifnya.

Haniyeh: Penjajah Israel meneruskan Tahanan Pentadbiran (tanpa bicara) yang merupakan satu tindakan keganasan di mata dunia.

Haniyeh: Sekalung penghargaan dan penghormatan kepada kumpulan penentangan/perlawanan kita yang berani , yang terdiri daripada Brigade Izzuddin Al-Qassam, Saraya Al-Quds, Brigade Al-Aqsa, serta Brigade Abu Ali Mustafa.

Haniyeh: Perlawanan serta penentangan kami akan sentiasa berterusan. Persiapan kami siang dan malam bagi merealisasikan impian rakyat Palestin dalam pembebasan tanah air dan hak untuk kembali.

Sumber: http://hamas.ps/en/post/847/haniyeh-s-full-speech-on-hamas-s-priorities

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud