Print

Info Kempen #BoycottHP

on .

Mengapa Boikot HP?

HP mendakwa mereka syarikat yang terkehadapan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial tetapi sebenarnya terlibat dalam penindasan bersistematik di seluruh dunia.

Di Palestin, HP bertanggungjawab menyediakan teknologi yang membolehkan penjajahan, pendudukan haram, sekatan, pengusiran, pemenjaraan, kurungan dan pelbagai lagi bentuk penindasan terus berlaku.

Sudah tiba masanya untuk kita menggesa Hewlett Packard (HP) menamatkan penglibatannya dalam jenayah kemanusiaan Israel yang telah berlangsung hampir 70 tahun. Kita tidak boleh terus berdiam diri.

BERTINDAK SEKARANG!

10 Cara Menyumbang Kepada Kempen Boikot HP

Tindakan kecil dilakukan secara kolektif dan diselaraskan di peringkat global mampu menjadikan suatu yang mustahil kepada tidak lagi mustahil sehingga mencipta kejayaan yang luar biasa.

Berikut adalah 10 tindakan yang boleh anda ambil (tidak kira siapa anda, di mana sahaja anda berada dan sama ada anda melakukannya secara individu atau berkumpulan) untuk menyumbang kepada usaha mendesak HP menghentikan penglibatannya dengan jenayah Israel di Palestin.

Tiada tindakan terlalu kecil atau tidak signifikan. Semua tindakan anda akan menjadi jambatan kepada kejayaan usaha global ini!

*************************************************************

1. #HPnotmybuddy | LIKE dan SHARE pos-pos Facebook BDS Malaysia tentang penglibatan HP dengan jenayah rejim Zionis Israel di Palestin. Bantu kami sebarkan kempen ini ke seluruh pelusuk dunia menggunakan pelbagai platform media sosial (Twitter, Instagram, Whatsapp, WeChat, Vine dan lain-lain) dan hashtag utama #HPnotmybuddy.

2. Petisyen | Tandatangan petisyen global untuk kempen ini dan ajak rakan-rakan dan keluarga anda untuk turut serta. HP tidak akan mengambil ringan seruan kita jika beribu-ribu orang di seluruh dunia menandatanganinya. >> LINK: http://bit.ly/hppetition

3. Ikrar | Ikrar pada diri anda untuk berhenti membeli produk HP selagi mereka tidak membatalkan semua kontrak dengan Israel. (Barang HP yang ada tidak perlu dibuang ya. Cuma elakkan membeli produk HP yang baru.)

4. Seru | Seru institusi masyarakat di tempat anda (kampus, masjid, gereja, pejabat dan lain-lain) untuk berjanji menjadi institusi bebas HP. Apabila tiba masa untuk menggantikan komputer atau pencetak, elakkan daripada membeli produk HP jika mereka masih membekalkan teknologi kepada Israel.

5. Surat kepada Kedai Komputer | Hantar surat ke kedai-kedai dan peruncit tempatan menyeru mereka untuk tidak menjual produk HP. Contoh surat boleh didapati di sini >> LINK: http://tinyurl.com/hce5ged

6. Sebarkan | Dapatkan/cetak logo kempen dan lekatkan pada laptop/komputer/pencetak HP anda sebagai peringatan. Dapatkan/cetak juga poster kempen dan lekat pada papan buletin di kampus, pejabat, masjid, dan gereja anda sebagai peringatan kepada orang lain.

7. Outreach | Cetak/buat salinan photocopy poster kempen dan edarkan di tempat-tempat awam (masjid tempatan, pasar, uptown dan lain-lain). Anda juga boleh mengadakan flash mob, piket atau membina replika pos pemeriksaan tentera/tembok apartheid Israel dengan kawan-kawan atau komuniti tempatan anda di lokasi strategik jika anda mahu menarik perhatian lebih ramai orang.

8. Sokongan | Dapatkan sokongan pemimpin dan personaliti tempatan kepada kempen ini.

9. # 120Seconds4Palestine | Dapatkan slot 2 minit untuk kongsikan tentang kempen ini di mana-mana program yang anda hadiri (video rasmi hanya mengambil masa 85 saat). Video rasmi boleh diperoleh/dimuat turun dari LINK ini >> http://bit.ly/boycottHPvideo

10. Tekanan Budaya | Banjirkan Facebook dan Twitter HP Malaysia dengan seruan kempen dan hashtag #HPnotmybuddy. Tetapi jauhkan diri anda daripada menggunakan kata-kata kesat dan tidak sopan. Biarkan fakta berbicara sendiri.

************************************************************
PERINGATAN: Jangan terhadkan tindakan anda kepada senarai ini. Anda bebas untuk keluar dengan idea-idea yang lebih KREATIF selagi ia tidak melibatkan sebarang bentuk keganasan, vandalisme atau apa-apa yang menyalahi undang-undang dan boleh menjejaskan imej kempen ini.

Jika anda mahu, semua inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama dan koordinasi BDS Malaysia dan ahli-ahli NGO yang (MyCARE, Viva Palestina Malaysia, PCOM, QFM). Kami akan cuba membantu sedaya upaya kami.

Ayuh, kongsikan dengan kami rancangan dan tindakan anda. Kami akan bantu war-warkan usaha anda untuk menggalakkan dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk menyertai kempen ini.


#BoycottHP

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud