Print

Hari Ini Dalam Sejarah | 25 Februari 1994: Tragedi Masjid Ibrahimi, Hebron

on .


“Saya menolak keras mana-mana tindakan politik/diplomatik yang bakal memisahkan Judea dan Samaria (Tebing Barat hari ini) daripada wilayah Israel. Tindakan sebegitu akan mencemar identiti Yahudi negara Israel. Ia juga akan mengkhianati ajaran Bible dan Torah,” ujar Goldstein.

Baruch Kopel Goldstein

Beliau seorang doktor perubatan lulusan Universiti Yeshiva di New York, USA. Beliau juga merupakan ahli kepada Jewish Defense League (JDL), kumpulan ekstremis Yahudi yang berpangkalan di New York. Kumpulan ini memperjuangkan nasionalisme Israel melalui pendekatan yang dianggap rasis, melampau, dan tidak bimbang untuk mengambil jalan keganasan.

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang perubatan (1983), beliau telah berhijrah ke Kiryat Arba di Hebron, Israel. Beliau telah berkhidmat sebagai pegawai perubatan untuk Israel Defense Force (IDF). Sepanjang perkhidmatan beliau, sikap ekstrem dan rasis beliau sangat menyerlah dengan keengganan merawat mana-mana penduduk Arab yang cedera. Ia menjadi isu yang hangat sekitar Intiafa 1987. Beliau juga dilaporkan mengeluarkan ugutan di khalayak umum untuk membunuh warga Arab yang tinggal bersama masyarakat Yahudi di Hebron. Badan risikan internal Israel, Shin Bet turut mengakui bahawa Goldstein akan mengganas pada bila-bila masa sahaja jika gerakan beliau tidak dihalang. Namun, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa Israel. Malah, Goldstein telah dinaikkan pangkatnya.

Apa Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin bertindak menandatangani Perjanjian Oslo (1993) dengan Yasser Arafat, Goldstein menjadi berang. Selaku pegawai tentera yang mempunyai kedudukan yang tinggi di Hebron, beliau telah menggunakan kebebasannya untuk keluar masuk kawasan rakyat Palestin dan bertindak menumpahkan asid dan merosakkan ruang solat Masjid Ibrahimi*. Sungguhpun tindakan ini mendapat bantahan keras umat Islam Palestin, ia tidak diendahkan. Goldstein tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan.

Tidak cukup dengan itu, Goldstein akhirnya nekad untuk memanfaatkan Perayaan Hari Purim untuk mengganas dan membunuh umat Islam Palestin di Hebron pada pagi 25 April 1994 ketika mereka sedang menunaikan solat Subuh. Goldstein telah memasuki perkarangan masjid yang dikawal oleh lebih 10 pegawai ‘tanpa mereka sedari’ dan melepaskan tembakan rambang ke arah jemaah solat yang membunuh 29 orang (5 daripadanya kanak-kanak) dan mencederakan 125 orang yang lain.

Goldstein mati ditempatkan kejadian; dipukul sampai mati oleh mereka yang cuba menghentikan tindakan gila beliau.

Tindakan Goldstein menyebabkan rakyat Islam di Hebron dan beberapa lagi bandar di Palestin terutamanya Gaza bangkit membuat bantahan dan menuntut keadilan. Namun, bantahan mereka berakhir dengan 44 lagi kematian dan 800 kecederaan apabila IDF bertindak keras menghentikan bantahan; lebih buruk daripada pembunuhan oleh Goldstein.

Tragedi Masjid Ibrahimi akan terus diingati sebagai wewenang Israel membiarkan golongan ekstremis Yahudi melakukan apa sahaja yang dapat mengukuhkan kuasa Israel di Tebing Barat. Israel merestui ‘pengorbanan suci’ Goldstein sebagai suara demokrasi versi Israel. Kuburnya menjadi tugu peringatan dan tercatat ungkapan “martyr with clean hands and a pure heart.” Perayaan Hari Purim pula kini diraikan dengan lagu khas memperingati Goldstein dengan bait-bait seperti "Dr. Goldstein, there is none other like you in the world. Dr. Goldstein, we all love you… he aimed at terrorists' heads, squeezed the trigger hard, and shot bullets, and shot, and shot."

Sungguhpun tiada lagi kejadian seumpama ini sejak 1994, idea Goldstein untuk menghalau semua penduduk Arab dari Judea dan Samaria diteruskan oleh penduduk penempatan haram Yahudi (settlers) melalui tindakan-tindakan vandalisme hampir setiap hari. Mereka bertindak memusnahkan kebun Zaitun, memecahkan cermin kereta, membakar masjid, dan mencipta konfrontasi dengan masyarakat Arab yang melalui kawasan kediaman mereka. Malah, tindakan ini mendapat perlindungan IDF yang berkawal di kawasan penempatan haram Yahudi.

Judea dan Samaria adalah kerajaan lama Yahudi yang meliputi wilayah Tebing Barat. Mereka tidak pernah berniat melepaskannya. Tidak bagi Goldstein, tidak juga bagi mereka.

*Tapak Masjid Ibrahimi dianggap suci oleh kaum Yahudi. Mereka menggelarnya sebagai ‘Cave of the Patriarchs’ tinggalan Nabi Ibrahim as. Sejak berakhirnya Perang Arab-Israel 1967 yang dimenangi Israel, masjid ini telah ditawan oleh IDF dan muslim telah dipaksa berkongsi kompleks tersebut dengan masyarakat Yahudi.


PACE adalah Unit Penyelidikan Aqsa Syarif. Like PACE di https://www.facebook.com/palestinecentreofexcellence

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud