Print

Rejim Zionis bedil pangkalan Hamas

GENTING GAZA, 29 Apr 2013 - Tentera rejim Zionis, semalam melancarkan serangan udara ke atas pangkalan Hamas di Rafah yang kononnya sebagai tindak balas terhadap roket dilancarkan ke selatan Israel, kelmarin.

Dipetik AP, Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP) mengesahkan tiada kematian atau mangsa cedera akibat serangan itu.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan roket itu, namun Israel mendakwa ia didalangi kumpulan ekstremis.     

Jumaat lalu, kira-kira 500 penduduk Palestin berarak di Tebing Barat sebagai membantah perbuatan biadab pendatang haram Yahudi yang menyerang dan membakar kereta mereka, minggu lalu.

Bagaimanapun, tentera Israel bertindak melepaskan beberapa das tembakan dan gas pemedih mata ke arah mereka.

"Kami berhimpun secara aman untuk menuntut pendatang Yahudi diusir dari kampung kami," kata salah seorang penduduk, Sami Issa.

Sementara itu, tentera Israel memaklumkan bahawa mereka akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/rejim-zionis-bedil-pangkalan-hamas-1.155043

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud