Print

Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum!

Dengan ingatan tulus ikhlas, pihak MyCARE ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat di seluruh negara.

Kami, warga kerja MyCARE memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan yang telah kami lakukan.JUTAAN TERIMA KASIH kami ucapkan kepada para penyumbang MyCARE yang istiqamah menyumbang dan memberi kepercayaan kepada kami untuk menyalurkan sumbangan kepada sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Print

Pemakluman waktu operasi Ibu Pejabat MyCARE

Ibu pejabat MyCARE akan bercuti selama 3 hari dan akan dibuka semula pada 29 Jun 2017. Anda tetap boleh menghubungi kami melalui Facebook, di talian 018-383 2458 atau emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Ayuh kita tingkatkan ibadah kita sebelum tamatnya Ramadan. Gandakan pahala ibadah sedekah anda! Bersedekah dengan mudah di https://www.billplz.com/myramadan

 

Print

Daripada Aqsa Syarif Kepada MyCARE

Sejak dari awal tahun 2014, sudah wujud idea konsolidasi projek-projek bantuan kemanusiaan antara Aqsa Syarif dengan beberapa badan bantuan kemanusiaan yang mempunyai hubungan rapat dengan kami dengan harapan untuk menjana lebih sinergi dan mengurus perkongsian sumber dengan lebih efektif. Langkah ini juga bertujuan untuk memperkasa dan memperkemas bantuan kemanusiaan ke negara-negara umat Islam lain yang turut memerlukan bantuan dan perhatian daripada kita semua.

Print

Notis Status Syarikat

Aqsa Syarif Berhad kini dikenali sebagai Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) mulai 16 Julai 2014. Bermula pada 1 Januari 2015, Aqsa Syarif dikendalikan sebagai sebuah agensi di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad di lokasi baru berikut:

1) Alamat:
No. 9, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA

(Koordinat: 3.024969, 101.716761 atau 3°01'29.9"N 101°43'00.3"E)

2) No. Telefon: +603-8941 2341
3) No. Faks: +603-8941 2034
4) Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print

Salam Maal Hijrah 1436H

Kami warga Aqsa Syarif, barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, aktivis dan sukarelawan ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Semoga kita bersama-sama mengambil erti sebenar hijrah dalam kehidupan seharian kita.

Print

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1435 H

Kami warga Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, aktivis dan sukarelawan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dengan ucapan:

Kullu ‘am wa antum bi khair. Taqaballahu minna wa minkum!

Semoga kita sama-sama menghayati erti pengorbanan dalam kehidupan seharian kita!

MyCARE adalah naungan baru di bawah IKRAM bagi menempatkan Aqsa Syarif dan tiga agensi utama lain iaitu Ikram4Syria, Salam Iraq dan Rose2Rose. MyCARE akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Januari 2015.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud