Print

Perutusan Aidilfitri 1440H Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Bersempena 1 Syawal yang berbahagia ini, saya mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE dan seluruh jentera pentadbiran, aktivis dan sukarelawan MyCARE, mengucapkan ‘taqabalallahu minna waminkum’ dan ‘kullu am wa wantum bikhair’ kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Segala amalan yang dilaksanakan di sepanjang bulan Ramadan dan sedekah yang dihulurkan kepada umat Islam yang sedang berhadapan dengan pelbagai dugaan dan ujian di pelbagai tempat adalah lambang kesyukuran kita yang tidak terhingga.

Pada hari kemenangan ini, MyCARE juga ingin meraikan kejayaan mengelola lebih RM2.3 juta sumbangan rakyat Malaysia untuk umat Islam yang memerlukan di 14 buah negara termasuk Palestin, Syria, Yaman, Somaliland dan Myanmar. Ini kejayaan berganda buat semua para penyumbang kempen MyRamadan MyCARE.

Semoga sumbangan kita diganjari dengan sebesar-besar ganjaran dan kebaikan di dunia dan akhirat.

MyCARE akan terus membuka ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memberi bantuan dan sumbangan ke tempat- tempat yang memerlukan pembelaan.

Insya Allah, kepada mereka yang masih ingin menyumbang, kempen MyRamadan MyCARE akan terus berjalan sehingga 10 Syawal (14 Jun). Syawal ini, selain kita mempererat hubungan dengan sanak-saudara, marilah kita sama-sama mempererat juga hubungan ukhuwah kita dengan umat Islam sejagat yang memerlukan.

Semoga segala amal yang kita lakukan sepanjang Ramadan tahun ini diterima oleh Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

‘Nurturing Humanity, Making a Difference’

PROF. MADYA DR. HAFIDZI MOHD NOOR
Pengerusi
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud