Print

Perutusan Tahun Baru Cina MyCARE

Saya mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah, warga kerja, aktivis dan seluruh keluarga MyCARE mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina” dan “Gong Xi Fa Cai” kepada seluruh komuniti berbangsa Cina di Malaysia. Semoga kedatangan ‘Tahun Ayam Jantan’ membawa bersamanya kebaikan dan kecemerlangan buat kita semua.

Bersempena dengan kehangatan sambutan tahun baru ini, MyCARE ingin mengajak semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya untuk mengukuhkan perpaduan dan menyemarakkan lagi amalan saling membantu di antara satu sama lain. Dengan itu, keharmonian keluarga besar kita akan terus terpelihara.

MyCARE juga mendoakan agar keprihatinan tinggi rakyat Malaysia terhadap kemanusiaan sejagat terus subur. Penderitaan yang ditanggung oleh manusia tidak mengenal bangsa dan agama. Dengan kerjasama kita semua, sumbangan rakyat Malaysia kepada kemanusiaan sejagat mampu ditingkatkan. Dengan itu, keharmonian dunia juga akan turut terpelihara.

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,
Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Add comment


Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud