Print

Perutusan Tahun Baru Cina MyCARE

Saya mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah, warga kerja, aktivis dan seluruh keluarga MyCARE mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina” dan “Gong Xi Fa Cai” kepada seluruh komuniti berbangsa Cina di Malaysia. Semoga kedatangan ‘Tahun Ayam Jantan’ membawa bersamanya kebaikan dan kecemerlangan buat kita semua.

Print

Perutusan Tahun Baru 2017

Tahun baru miladiah 2017 ditatang dengan mengenang episod-episod duka yang melanda kemanusiaan pada tahun 2016. Kesengsaraan yang dideritai di Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan tempat-tempat lain tidak berakhir dengan tahun 2016 yang melabuhkan tirai dan 2017 yang disambut meriah pada detik dua belas tengah malam. Untuk mereka dentuman peluru dan bom tidak akan diganti dengan kemeriahan percikan bunga api. Mereka terus diburu ketakutan dan rasa cemas yang tidak kunjung padam.

Print

Selamat Menyambut Tahun Baru 1438H

Bersempena dengan 1 Muharam, MyCARE mengucapkan ‘Selamat Menyambut Tahun Baru 1438 Hijrah’ kepada seluruh umat Islam.

Kemunculan tahun baru adalah batu tanda penting untuk kita muhasabah amal yang telah dilakukan sepanjang setahun yang lalu. Sebagai sebuah badan bantuan kemanusiaan, MyCARE merasa sangat bersyukur di atas sokongan seluruh rakyat Malaysia merentas kaum dan agama di dalam menjayakan pelbagai kempen bantuan kemanusiaan MyCARE di pelbagai penjuru dunia di dalam dan luar negara.

Print

Perutusan Ramadhan 1437H

Bulan Ramadhan adalah bulan penuh barakah lagi dimuliakan. Di dalamnya diturunkan al-Quran dan dimenangkan umat Islam menerusi peperangan Badar al-Kubra, al-Yarmuk, al-Qadisiah dan al-Hattin. Ia bulan yang mengandungi malam lailatul qadar; malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
 
Dalam bulan ini, Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda kepada hamba-hamba-Nya yang melakukan amal kebajikan dalam keadaan penuh keimanan dan mengharap pahala daripada Allah SWT (imanan wahtisaban). Amalan-amalan wajib dikurniakan ganjaran pahala sebanyak 70 kali ganda sementara amalan-amalan sunat pula dibalas dengan pahala amal fardhu dan wajib. Justeru, menjadi kelaziman kepada umat Islam untuk menggandakan amal ibadah dan kebajikan di dalam bulan Ramadhan untuk menyambut tawaran lumayan daripada Allah SWT ini.
Print

Perutusan Sempena Memperingati Hari Nakbah

Tarikh 15 Mei adalah sejarah penting bagi seluruh warga dunia. Pada setiap tahun rakyat Palestin mengingati tarikh tersebut di mana mereka telah ditimpa satu tragedi yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah kemanusiaan. Mereka diusir keluar dari tanah air mereka setelah ribuan rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan ratusan kampung dan pekan dimusnahkan oleh pengganas-pengganas Zionis. Adalah amat mendukacitakan apabila tragedi kemanusiaan yang dahsyat ini berlaku pada tahun yang sama di mana Deklarasi Hak Asasi Manusia disepakati dan menjadi sebahagian dari Piagam PBB. Sebaik sahaja Deklarasi ini diluluskan, bangsa Palestin menjadi mangsa pelanggaran hak asasi yang pertama! Deklarasi hanya tinggal di atas kertas dan setelah 68 tahun pencabulan ke atas hak asasi rakyat Palestin masih berterusan.

Print

Perutusan Tahun Baru 2016

Tahun 2015 telah menyaksikan pelbagai kesempatan untuk rakyat Malaysia menunjukkan solidariti bersama kemanusiaan sejagat. Rakyat Malaysia telah menyokong MyCARE untuk menzahirkan keprihatinan kepada masyarakat antarabangsa yang diuji dengan pelbagai musibah sama ada disebabkan kejadian alam atau persengketaan. Meski pun bantuan yang dihulurkan amat kecil berbanding musibah yang ditanggung, namun ia cukup bermakna kepada mereka yang disentuh oleh hati saudara mereka yang dekat dan jauh. Ia menumbuhkan keyakinan bahawa nilai kemanusiaan masih hidup dalam damir umat sejagat dan nadi kebersamaan masih berdenyut tanda prihatin yang mendalam.
Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud