Print

Aqsa Syarif Mohon Astro Perjelas Hubungan Dengan Amdocs

on .

Ketika seluruh dunia berkongsi penderitaan dengan rakyat Palestin berikutan serangan terbaru Israel ke atas Gaza, kita dikejutkan dengan berita di laman-laman sosial tentang syarikat tv-satelit berbayar ASTRO mempunyai kontrak bernilai jutaan dollar Amerika dengan sebuah syarikat Israel, Amdocs. Ketandusan liputan berhubung perkara ini di media rasmi ASTRO mahu pun media tempatan adalah kerana sumber asalnya diambil dari akhbar Israel, Haaretz bertarikh 21 Julai 2004.

Print

Kenyataan Rasmi Aqsa Syarif Berhubung Serangan Terbaru Ke Atas Gaza

on .


Awal pagi 8 Julai 2014, tentera rejim Israel (IDF) telah melancarkan 'Operation Protective Edge' ke atas Gaza dalam cubaan menghapuskan kumpulan pejuang Palestin di sana. Setakat ini, 780 serangan udara telah dilancarkan menyebabkan 112 rumah musnah, 64 kematian dan 450 orang tercedera. Sebahagian daripada mangsa adalah dari kalangan wanita dan kanak-kanak.

Print

KENYATAAN AKHBAR: Mesir Halang Imam Gaza Ke Malaysia

on .


Hari ini kami dengan sedih mengumumkan satu lagi bentuk sekatan perjalanan iaitu ke atas duta-duta al-Quran dari Palestin ke Malaysia. AQSA SYARIF, dengan sokongan pelbagai pihak dan masyarakat awam yang prihatin terhadap isu Palestin, telah beberapa tahun pada bulan Ramadhan membawa imam-imam hafiz dari Gaza untuk menjadi imam solah tarawih di samping memberi kesedaran kepada dunia terhadap krisis kemanusiaan yang dihadapi oleh Palestin, dan walaupun semua keperluan rasmi dan koordinasi dengan semua pihak berkuasa telah dipenuhi untuk memastikan perjalanan selamat para Imam melalui sempadan Rafah hingga ke Lapangan Terbang Kaherah dan seterusnya ke KLIA.

Print

KENYATAAN AKHBAR: Pelancaran MyGMJ 2014

on .

Kenyataan Akhbar | 23 Mei 2014

Pelancaran Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) 2014

Jawatankuasa Pusat Antarabangsa atau The International Central Committee for the Global March to Jerusalem (GMJ-ICC) telah bermesyuarat di Istanbul pada 15 Mac 2014 dan membincangkan keadaan terkini di Jerusalem. Perbincangan menyentuh kepada keperitan hidup penduduk di Jerusalem yang saban hari diancam amalan rasis pendatang Haram Israel terhadap tanah, harta benda, rumah ibadat dan identiti Bandar Jerusalem.
Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud