Print

Pengenalan

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram Israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”. Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

AQSA SYARIF

Telah didaftarkan pada 4 Februari 2010 dan bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang memerlukan. Sehingga 20 Mei 2014, Aqsa Syarif telah menyalurkan bantuan rakyat Malaysia sebanyak RM26.33 juta kepada lebih 80 projek di Gaza, Tebing Barat, Baitul Makdis, Syria, Lubnan dan di Malaysia.
 
Menyedari betapa banyaknya isu kemanusiaan yang perlu diberikan perhatian, Ahli Lembaga Pemegang Amanah telah bersetuju untuk mengembangkan operasi bantuan kemanusiaan ke negara-negara lain. Oleh itu, Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) telah diwujudkan pada 16 Julai 2014 untuk meluaskan bantuan kemanusiaan ke seluruh negara.
 
Maka, Aqsa Syarif kini berperanan sebagai salah satu daripada enam buah agensi yang bernaung dan ditadbirkan di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad. Semoga dengan ini, lebih banyak bantuan akan dapat disalurkan.

VISI

Menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin

MISI

Mengembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah

MOTTO

Memperkasa Ummah – Membebaskan Al-Aqsa

OBJEKTIF

  1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.
  2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
  3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.
  4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara.

AKTIVITI AQSA SYARIF

Sejajar dengan misi Aqsa Syarif, pelbagai program dan projek sudah, sedang dan akan dilaksanakan. Di antaranya ialah memberi bantuan kemanusiaan melalui penghantaran bekalan makanan, perubatan dan keperluan pendidikan. Aqsa Syarif berusaha mengumpul dana dari rakyat dan pelbagai agensi awam dan swasta di Malaysia dan menyalurkan kepada rakyat di bumi Palestin dan di kem-kem sementara di luar negara seperti di Beirut, Jordan dan Syria. Kesemua itu bermula dengan aktiviti Aqsa Syarif di seluruh Malaysia seperti melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO seumpama melalui ceramah, penerbitan media dan aktiviti ‘fund raising’.

Aqsa Syarif bertekad untuk terus membantu rakyat Palestin dengan motto “Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa“.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud