Print

Istiqamah pertahan bumi Aqsa

SUBANG, 14 Jul 2013 - Ahli qariah di sekitar Masjid Al-Mukminun amat gembira dengan kunjungan Imam Muda Gaza - Imam Raid Khalid Abdullah Abu Makhdah, untuk mengimamkan solat fardhu dan solat terawih di masjid ini. Dilaporkan lebih 500 orang ahli qariah yang hadir untuk solat berjemaah bersama-sama Imam Raid kelmarin.

Print

Tazkirah Imam Muda Gaza di Masjid Sungai Ramal Luar

KAJANG, 11 Jul 2013 – Sekretariat Aqsa Syarif Kajang telah membawa Imam Muda Gaza - Imam Ahmad Ibrahim Muhammad Tsabit, 22, ke Masjid Sg. Ramal Luar semalam. Imam Ahmad akan mengimami beberapa buah masjid dan surau di sekitar Kajang sepanjang 10-14 Julai 2013 ini.

Print

Forum MencintaiMu MencintaiNYA

RAWANG, 23 Feb 2013 - Program 'MencintaiMu MencintaiNYA' anjuran Squad Hijrah SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang telah menjemput sukarelawan Aqsa Syarif yakni saudara Ibrahim Adham bin A. Khalil (peserta misi Aqsa2Gaza13 berumur 18 tahun). Pengisian berbentuk forum ini disertai hampir 150 orang pelajar dan ibu bapa.

Print

Program Palestin di Masjid Jamek, Sungai Buloh

Alhamdulillah, pada 11/6/10 (Jumaat lepas) Aqsa Syarif Kuala Selangor dengan kerjasama Masjid Jamek, Pekan Sungai Buloh, Jeram, Kuala Selangor telah mengadakan sebuah program Palestin. Seperti biasa program merangkumi pameran, jualan, kutipan sumbangan, tayangan video (sebelum solat jumaat), pendaftaran sukarelawan dan khutbah Jumaat bertajuk "Bebaskan  Al-Aqsa".

Print

Ceramah Kesedaran Gaza di Masjid Al-Husna, Puchong

Alhamdulillah, satu ceramah untuk memupuk kesedaran mengenai Gaza telah diadakan di Masjid Al-Husna, Puchong pada hari Selasa, 29 Jun 2010 oleh Aqsa Syarif Subang Jaya.

Program kali ini menampilkan Ustaz Hasanuddin dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Aqsa Syarif, Dr. Tengku. Sebanyak RM 6,600 telah berjaya dikumpul, di samping beberapa orang individu telah menyatakan hasrat untuk menaja keluarga miskin dan anak-anak yatim Palestin.

Print

Aktiviti-aktiviti Aqsa Syarif Kuala Selangor

Alhamdulillah Aqsa Syarif Kuala Selangor telah menyertai program Karnival Sempena 25 Tahun Hira', di Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Kuala Selangor, pada 26 Jun 2010 dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Di sini kami telah di beri peluang untuk memperkenalkan Aqsa Syarif kepada pelajar-pelajar serta ibu bapa yang hadir pada Karnival tersebut.

Dan pada keesokan hari, Ahad, 27 Jun 2010, Aqsa Syarif Kuala Selangor telah menjayakan  program “Palestin - Kami Bersama Mu” anjuran JKKK Kampung Sungai Sembilang dan AJK Masjid An Naim, Jeram, Kuala Selangor dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud