Print

Memuliakan masjid Al-Aqsa yang penuh barakah

Tajuk: Memuliakan Masjid Al-Aqsa yang penuh barokah Tarikh: 10 April 2010 (Sabtu) Masa: Maghrib hingga Isya' Tempat: Masjid Negeri Shah Alam Penceramah: Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Ahli Lembaga Aqsa Syarif)

Tabung kutipan untuk Masjid Al-Aqsa akan disediakan. Sumbangan anda akan diuruskan oleh Aqsa Syarif. Selepas waktu Isya akan diadakan forum berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa dan perjuangan rakyat Palestin. Ahli-ahli panel di antara mereka ialah Dato. Hj Hassan Ali. Muslimin dan muslimat dijemput hadir demi memuliakan al-Aqsa dan meningkatkan iltizam kita untuk membela dan membebaskan Masjid ketiga termulia dalam Islam di Tanah suci Al-Quds.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga
Aqsa Syarif

Print

Boikot Israel di Pasar Tani Shah Alam

AQSA SYARIF menyokong program boikot Israel di bawah anjuran VPM. Adalah suatu kewajipan bagi umat Islam memboikot barangan yang jelas menyokong ekonomi Israel. Keuntungan ekonomi yang diperolehi dari hasil jualan produk-produk ini akan digunakan untuk memerangi rakyat Palestin dan umat Islam yang kini berada di barisan hadapan mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan tanah suci Baitulmaqdis.

Print

Aqsa Syarif Menyokong Usaha LIFELINE4GAZA

Aqsa Syarif menyokong penuh usaha anak muda dalam menganjurkan Konsert Lifeline 4 Gaza yang akan dianjurkan pada 26 Mac 2010 ini. Antara artis yang membuat persembahan adalah Shoutul Harakah, kumpulan nasyid dari Indonesia, dan juga Muadz.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud