Print

Ceramah Palestin pada 29 dan 30 September 2010

Insya Allah IKRAM dan Aqsa Syarif Daerah Gombak dengan kerjasama AJK Surau Darul Muhajirin Taman Selasih 2 telah pun mendapat confirmation dari Prof. Madya Dr. Hafidzi Md Noor untuk menyampaikan satu sesi penerangan di Surau Darul Muhajirin seperti berikut:

Tajuk: MARI RUNTUHKAN TEMBOK KEMATIAN GAZA
Tarikh: 29 September 2010 (Rabu)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Surau Darul Muhajirin, Taman Selasih Fasa 2, Batu Caves (Sebelah Taman Samudera)
Penceramah: Prof. Madya Dr. Hafidzi Md Noor

Insya Allah pada hari berikutnya Aqsa Syarif dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam PETRONAS (BAKIP) dan AJK Surau Al-Muhsinin KLCC telah mendapat confirmation dari Prof. Madya Dr. Hafidzi Md Noor untuk menyampaikan satu lagi sesi penerangan di Surau Al-Muhsinin KLCC seperti berikut:

Tajuk: MARI RUNTUHKAN TEMBOK KEMATIAN GAZA
Tarikh: 30 September 2010 (Khamis)
Masa: 1:00 - 2:00 petang
Tempat: Surau Al-Muhsinin, Aras 2, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS, KLCC
Penceramah: Prof. Madya Dr. Hafidzi Md Noor

Semua ikhwah/akhawat yang berkesempatan dijemput hadir.

Print

Al-Aqsa in Danger

Syarahan ini akan diadakan di Masjid UKM pada 20 Februari bermula jam 8:00 sehingga 10:00 malam. Terbuka kepada semua.

Print

Palestine Talk: In-Search of Palestine Youths

Title: Palestine Talk: In-Search of Palestine Youths
Location: Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3), Kampus USIM Nilai, Negeri Sembilan
Description: Penyampai: Saudara Muhammad Mus'ab Muzahar, YDP MPP UNIMAS dan ahli misi A2G2
Start Time: 20:00
Date: 2011-10-14
End Time: 23:00

Print

Training of Volunteers for Palestine

Kursus pada 25 November. Hanya terhad untuk penuntut UPM sahaja. Sila hubungi nombor yang tertera untuk maklumat terkini.

Title: Training of Volunteers for Palestine
Location: DK Fem 2, UPM, Serdang, Selangor
Start Time: 08:30
Date: 2012-11-25
End Time: 17:00

Print

Panggilan Sokongan & Keamanan: Piala AFF Suzuki - Malaysia lwn Singapura

Dimaklumkan pada hari Ahad ini kita akan nyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan bola sepak Malaysia dan pada masa yang sama kita akan menunjukkan solidariti kita tentang isu kemanusiaan terutama apa yang sedang berlaku di Gaza.

Pihak kami akan membawa 2 bendera Palestin bersaiz besar dalam usaha untuk dikibarkan dalam stadium bersebelahan dengan bendera Malaysia sebagai lambang setiakawan rakyat Malaysia dalam memperjuangkan keamanan rakyat Gaza dan dengan objektif untuk mempertingkatkan kebersamaan tentang isu Palestin dari rakyat Malaysia.

Kami juga akan membuat jualan mafla antara pukul 5 hingga 6 petang pada hari tersebut yang mana hasil keuntungan diserahkan kepada rakyat Palestin, tetapi dengan kuantiti terhad, dengan mana jualan ini mengamalkan konsep 'siapa cepat, dia dapat'.

Kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai kami dan mempunyai bendera Malaysia dan juga Palestin untuk dikibarkan bersama di galakkan untuk mebawanya. Juga di alu-alukan untuk membawa bina, banting, sepanduk, kad manila dan sebagainya dalam menzahirkan sokongan terhadap Harimau Malaya dan juga rakyat Gaza. Diharapkan kita dapat bersama berkumpul di 'PINTU HIJAU' stadium sebelum masuk ke dalam.

Marilah bersama kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Harimau Malaya dan menyatakan solidariti terhadap keamanan serta kebebasan rakyat Gaza.

*Diingatkan kepada penyokong Muslim jangan lupa bawa air mineral sebotol untuk berwudhuk dan alas seperti sejadah, kain pelikat, surat khabar dan lain-lain untuk memudahkan urusan solat kita!

"Dari Syria hingga ke Gaza, ngauman Harimau Malaya tetap bersama!!"

-Aqsa Syarif Gombak-
#PrayForGaza #PeaceNoWar #HarimauMalaya

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
0137433512 -Irfan Hisham- (http://www.facebook.com/irfan.hisham.3)#fb
0193850633 -Najib-

Title: Panggilan Sokongan & Keamanan: Piala AFF Suzuki - Malaysia lwn Singapura
Location: Stadium Bukit Jalil
Start Time: 20:45
Date: 2012-11-25

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud