Print

Misi meninjau status perkhidmatan kesihatan pelarian

on .

LUBNAN - Misi R2A3 yang turut disertai oleh seorang doktor pakar dari Hospital Pakar An-Nur Bangi yang juga aktivis IkramHealth, Dr Abdul Halim Shibghatullah telah berkesempatan meninjau sebuah keluarga palestin di kem pelarian al-Badawi di bandar Tripoli (Utara Lubnan) yang kurang bernasib baik.

Print

Ahli misi iftar bersama keluarga miskin

on .

LUBNAN, 24 Jul 2014 - Ahli misi berkesempatan Iftar bersama keluarga Ayoub di daerah Biqa' iaitu 2 jam perjalaan kenderaan darat dari bandaraya Beirut ke arah utara-timur Lubnan. Biqa' adalah antara lokasi penempatan pelarian-pelarian Palestin semenjak 1948 dan kehidupan mereka pasa umumnya masih tidak menentu disebabkan keenganan Lubnan menandatangani persefahaman menerima pelarian-pelarian dan tidak membenarkan lebih 73 jenis pekerjaan disandang oleh pelarian Palestin sehingga kini.

Print

Pelarian Syria di Kem Al-Jalil

on .

LUBNAN, 24 Jul 2014 - Ahli Misi R2A3 menziarahi ke penempatan pelarian Palestin dari Syria di Kem Al-Jalil di kawasan Biqa'. Perjalanan kami dari Beirut ke sini memaksa kami melalui pergunungan dan jalan berliku untuk sampai ke sini. Kem ini berada hanya 8km dari sempadan Lubnan-Syria di sebelah timur Lubnan. Keadaan pelarian Palestin dari Syria yang kebanyakannya adalah dari Kem Yarmouk, Damsyik sangat dhoif dan amat memerlukan pertolongan orang ramai.

Print

Penyerahan iftar di Surr

on .

LUBNAN, 22 Jul 2014 - Ahli Misi R2A3 berkesempatan membantu menyediakan pek iftar dan menghantar pek iftar sumbangan rakyat Malaysia kepada beberapa buah rumah sekitar Surr.

Kami juga iftar bersama lebih 200 pelarian Palestin dan Syria di sini di Pusat Komuniti Palestin kelolaan rakan NGO kami iaitu HCRD (Human Charity for Relief & Development).

Print

Iftar bersama anak-anak yatim

on .

LUBNAN, 23 Jul 2014 - Ahli misi dijemput untuk iftar bersama anak-anak yatim dan keluarga Palestin dari Kem Nahr El Bared dan Kem Beddawi semalam.

Program Iftar ini diadakan untuk menceriakan anak-anak yatim ini dan sebagai salah satu terapi untuk melupakan seketika penderitaan mereka.

Find us on Facebook
Find us on YouTube
Find us on Scribd
Follow Us on SoundCloud